Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPerhubungan Selepas “Bergaduh” Dilihat Lebih Manis, Mimi Lana Gembira Terima Brownies Buatan...

    Perhubungan Selepas “Bergaduh” Dilihat Lebih Manis, Mimi Lana Gembira Terima Brownies Buatan Syafiq Kyle

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Isu ‘membuka pekung di dada’ tidak lagi dianggap memalukan, asalkan niat untuk menceritakan kekurangan pasangan telah dilakukan.

    Kisah memburukkan pasangan semakin menampakkan celanya, apabila rakan memberikan komen, turut berperanan sebagai kaunselor tidak berdaftar melontar pelbagai reaksi dan pandangan yang adakalanya tidak masuk akal.

    Justeru itu, memburuk-burukkan pasangan tidak banyak membantu untuk memperbaiki hubungan pasangan yang berada di ambang kehancuran kerana ia boleh menyebabkan pasangan semakin benci, terutamanya sekiranya pasangan enggan berubah kerana tersinggung dengan perbuatan tersebut.

    Bagaimanapun, setiap perhubungan pasti mengalami pasang surut, sukar untuk menafikan bahawa pergaduhan itu adalah lumrah bagi insan yang sedang bercinta, namun pada akhirnya daripada kesilapan itulah seseorang itu dapat memperbaiki diri serta perhubungan ke arah yang lebih baik.

    Kisah cinta di antara Mimi Lana dan Syafiq Kyle kembali diperkukuh setelah Mimi menerima hadiah spesial berupa sekotak kek brownies daripada Syafiq sempena ulang tahunnya.

    Berita tentang hadiah tersebut tersebar semasa sambutan ulang tahun ke-28 Mimi Rozaiana Zainal Abidin pada 21 November lepas.

    Dalam video yang dikongsi, Syafiq menulis ucapan selamat ulang tahun dan mengakui bahawa dia sebenarnya tidak pandai membuat brownies.

    “Happy birthday yang ke-28. Tak pandai buat brownies tapi…,” tulisnya ringkas namun sarat makna mendalam.

    Mimi mengakui bahawa hadiah tersebut disediakan oleh Syafiq khas untuknya kerana dia akan pergi menjalani penggambaran di luar daerah.

    “Tapi saya pandai makan brownies. Terima kasih Syafiq gigih buatkan brownies sebelum ‘shooting’ jauh-jauh.

    Sebelum itu, netizen tertanya-tanya status hubungan Mimi dan Syafiq selepas tular video mereka menikmati makan malam di sebuah restoran.

    Namun, masing-masing hanya mendiamkan diri walaupun di ruangan komen laman sosial yang berkongsi gambar momen tersebut dibanjiri ucapan peminat.

    ALSO READ:  Bunkface Memberontak! Kali Ini Lebih Keras Dari Sebelumya!

    Sekali gus, pemberian hadiah bersempena ulang tahun Mimi itu menguatkan lagi spekulasi hubungan mereka kini dalam fasa positif.

    Terdahulu, berita pembatalan majlis pernikahan pasangan popular, Syafiq dan Mimi mengejutkan banyak pihak kerana dibuat seminggu sebelum pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada 18 Ogos lalu.

    Pembatalan tersebut dimaklumkan wakil syarikat pengurusan aktres berkenaan, Iman Tang menerusi mesej kepada tetamu berhubung majlis yang dijadualkan berlangsung di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.

    Sebelum ini, hubungan dua personaliti terkenal itu pernah terlerai pada Mei 2020 selepas lima tahun bercinta namun kembali bertaut tidak lama kemudian.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts