Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPerintah Reman Ke Atas Alif Teega, Aisyah Hijanah Dikekalkan

    Perintah Reman Ke Atas Alif Teega, Aisyah Hijanah Dikekalkan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Mahkamah Tinggi mengekalkan perintah tahanan reman ke atas pasangan pempengaruh, Aisyah Hijanah dan suami, Aliff Teega atau nama lengkapnya, Muhammad Hazalif.

    Perintah reman dikekalkan

    Memetik laporan Sinar Harian, Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menolak permohonan semakan yang difailkan Alif Teega dan Aisyah Hijanah selaku pemohon. Menurut beliau, Majistret Putrajaya telah mematuhi peruntukan Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) dalam membenarkan permohonan reman yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    Isu tiada kaitan antara pemohon dengan kesalahan yang disiasat tidak mempunyai merit. Sebarang kesalahan yang dilakukan pemohon-pemohon, jika ada, hanya boleh ditentukan selepas siasatan selesai, justeru itu pemohan semakan ini ditolak.

    Tambahnya lagi, SPRM seharusnya dibenarkan untuk melengkapkan siastaan mereka terhadap pemohon maka perintah reman oleh Majistret terhadap mereka adalah sah.

    Sementara itu, peguam Abd Rahim Ali yang mewakili pasangan itu berkata, anak guamnya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan pegawai badan awam.

    Alif Teega dan Aisyah Hijanah ditahan bukan membabitkan penyelewengan kutipan bantuan, namun SPRM menggunakan permohonan reman mengikut Seksyen 23 (1) akta itu terhadap anak guam saya.

    Jadi, kami membuat bantahan, sebab tak kena dengan seksyen yang dimohon oleh SPRM, hakikatnya mereka bukan seorang penjawat awam,”

    Pemegang saham dalam syarikat Hijanah Haul Holdings Sdn Bhd hanyalah Orang yang disiasat (OYDS) pertama dan kedua. Ahli-ahli dalam syarikat itu juga bukanlah pegawai badan awam dan pihak kami berhujah tiada kaitan antara kedua-dua suspek dan kesalahan yang disyaki.

    Oleh kerana tidak terdapat sebarang kaitan, maka perintah reman yg diberikan Mahkamah Majistret hendaklah diketepikan.

    Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib selaku responden berkata, siasatan mengikut Seksyen 23 yang dibuat hanyalah asas permulaan siasatan. Jika kita menggunakan hujahan itu, maka mana-mana suspek tidak boleh direman untuk siasatan bagi sebarang kes.

    Siasatan perlu dibuat secara menyeluruh, maka mana-mana orang yang disyaki perlu ditangkap terlebih dahulu kemudian berlanjutan ke permohonan reman.

    Sementara itu, Law Chin How menjelaskan, sebanyak 13 program telah disediakan di platform ‘Jom Donate’ untuk kutipan derma melalui dua pemohon itu antaranya, Program Pek Makanan, Program Infaq Al Quran, Pakaian Raya Asnaf dan Program Sedekah Qurban. Bagaimanapun, beliau berkata, masih terdapat beberapa program yang masih belum dikenalpasti untuk kutipan derma.

    Mereka gagal mengemukakan dokumen pembayaran bagi setiap program yang dilaksanakan. Kesemua transaksi penerimaan kutipan sumbangan gagal dikemukakan dan saspek saspek gagal menunjukkan transaksi kewangan kutipan sumbangan bagi setiap program yang dijalankan.

    ALSO READ:  ‘Saya Latih Mereka Untuk Berniaga, Sebab Saya Pun Akan Pergi Satu Hari Nanti’ – Aliff Syukri

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts