Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPerintis Sitkom Terkenal, Othman Hafsham Dinobatkan Sebagai Tokoh Anugerah Seri Angkasa 2024

    Perintis Sitkom Terkenal, Othman Hafsham Dinobatkan Sebagai Tokoh Anugerah Seri Angkasa 2024

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Perintis sitkom dan pengarah lagenda Othman Hafsham dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2024 pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada Sabtu.

    Tokoh Seri Angkasa 2024

    Menerusi kemenangan itu, Othman, 85, telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 dan sebuah kereta jenama Proton S70, trofi kemenangan serta barang kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM30,000.

    Bersyukur dengan penghargaan tersebut, Othman berharap, hasil kerjaya yang disumbangkan kepada industri dapat menjadi inspirasi buat generasi baharu.

    Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi di atas penghargaan ini. Saya ingin merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada Kementerian Komunikasi, kepada juri yang memberi penghormatan kepada saya.

    Anugerah ini juga untuk semua yang sudah menyokong dan memberi inspirasi sepanjang penglibatan saya. Terima kasih juga kepada keluarga dan peminat.

    Penglibatan saya telah melalui 10 Perdana Menteri. Saya juga berharap hasil kerja saya ini memberi inspirasi kepada generasi baharu.

    Anugerah itu telah disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Yang Berbahagia Fahmi Fadzil.

    Sementara itu, Anugerah Khas Juri diberikan kepada Saeim Mohamad sekali gus membawa pulang wang tunai RM8,000 serta barang kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM20,000.

    Drama TV Terbaik pula dimenangi oleh Bahalol terbitan Azan Fahmi sekali gus membawa pulang Dana Kandungan Kreatif berjumlah RM150,000.

    Manakala, Dokumentari TV Terbaik dimenangi Taste Of Memory Season 2 (TV8) sekali gus menerima Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM150,000.

    Berikut merupakan senarai penuh pemenang:

    Kategori TV Terbaik

    Drama Bersiri TV Terbaik : One Cent Thief (Astro Ria) – Astro Shaw

    Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik : Sobri Anuar (Bahalol)

    ALSO READ:  Bunyi Tembakan Senjata Api Pada Hari Raya Ke-5, Salman Khan Diancam Gangster Lagi?

    Pelakon Wanita Drama TV Terbaik : Liza Othman (Bahalol)

    Pelakon Pembantu Drama TV Terbaik: Que Haidar (Astro Citra) – Lebai Sampan

    Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik : Aida Aris (TV3) – Dania

    Pelakon Kanak-Kanak TV Terbaik : Umar Shakur (Demi Masa) – TV3

    Pelakon Komedi TV Terbaik : Aishah Azman (Jodoh Ayahku)

    Pengulas TV Terbaik: Ahmad Fetri Yahya (Aduan Jiwa: Hati Tertinggal Di Syria)

    Penyampai Berita TV Terbaik : Hazel Desmond (Berita Perdana RTM)

    Pengacara TV Terbaik: Fiza Sabyan (Eksklusif Bersama Joko Widodo Presiden Republik Indonesia)

    Pengarah Drama TV Terbaik : Zainorhisyan Samdin (Lebai Sampan)

    Kategori Radio

    Drama Radio Terbaik : Datuk Fauziah Nawi (Lima Beradik)

    Penyampai Radio Terbaik : Muhammad Amir Akram Muhamad (Kelantan FM)

    Penyampai Berita Radio Terbaik : Peter Carlos

    Kategori Menerusi Media Baharu

    Drama Terbaik : Doh (TV3)

    Podcast Terbaik : Siti Mimah – Muhammad Ali Imran Bin Harun

    Bagi edisi tahun ini, ASA2024 memberi pengiktirafan menerusi 60 kategori yang dipertandingkan iaitu 40 kategori televisyen, 16 kategori radio dan empat menerusi media baharu.

    Malam ASA2024 turut diserikan dengan persembahan Ziana Zain, Liza Aziz, Zamani, Aina Abdul, Ernie Zakri, Aisha Retno dan dihoskan oleh Shahrizan Borhan dan Nana Mahazan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,206FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts