Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPerjalanan Zameera & Daaliah Keluar Dari Zon Selesa, Mendapat Kejayaan Dengan ‘Big...

    Perjalanan Zameera & Daaliah Keluar Dari Zon Selesa, Mendapat Kejayaan Dengan ‘Big Fish’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Big FishBig Fish

    Penyanyi rap dan penulis lirik, Zamaera hadir dengan buah tangan baharu buat peminatnya menerusi lagu berjudul ‘Big Fish’ hasil nukilan bersama penerbit muzik dan DJ asal Kuala Lumpur, Daaliah.

    ‘Big Fish’

    Big FishBig Fish

    Menurut Zameera atau nama lengkapnya Sharifah Zamaera Al Edros Syed Zafilen, 28, lagu tersebut menonjolkan sisi lainnya sebagai seorang penyanyi sekali gus keluar dari zon selesa.

    Pertemuan tidak tersangka bersama Daaliah telah menghasilkan sebuah single yang sungguh bermakna buat saya sebagai permulaan 2024, kerana saya rasa seperti ‘seekor ikan yang besar dalam kolam yang kecil.

    Sebenarnya agak sukar bagi saya sebagai seorang pengkarya untuk tampil dengan diri yang asli, menampakkan jiwa saya yang sebenar kerana norma di sini yang agak konservatif.

    Saya seorang yang berfikiran terbuka, berani dan tidak mudah gentar jadi saya percaya saya akan lebih berkembang dalam kerjaya jika keluar dari zon selesa iaitu negara tersendiri dan lagu ini merupakan pengenalan buat saya sebagai artis ‘independent’ yang berusaha keluar dari ruangan selesa tersebut.

    Sementara itu, Daaliah berkata, dia dan Zameera mempunyai banyak persamaan bagi menghasilkan sesebuah karya.

    Keseluruhan proses pembikinan single ini kaya dengan pengalaman berharga, Zamaera dan saya mempunyai persamaan di mana kami berdua adalah pengkarya ‘independent’, segala aspek dari penghasilan lagu ke rakaman muzik video dan pemsaran musik kesemuanya dilakukan penuh teliti, dan walaupun berdepan dengan cabaran, kami berjaya mengharunginya bersama-sama dan juga bekerja mengikut jadual.

    Karya ini diilhamkan daripada sub-genre muzik elektronik house, yang terkenal pada awal 90-an dari UK dikenali sebagai ‘Garage’ atau singkatannya UKG. Beberapa artis terkenal yang membuat muzik Garage ialah Craig David, Jorja Smith dan Wiley untuk menamakan beberapa.

    Muzik Video, ‘Big Fish’ diarahkan oleh sutradara Hafreez Amminuddin dari House of Karyawan dan boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Zameera. 

    ALSO READ:  [VIDEO] Fathia Latiff Luah Pendapat Kontroversi Bella Astillah & Aliff Aziz – ‘Benda Ini Sebenarnya Normal Dalam Industri Hiburan’

    Lagu ‘Big Fish’ boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan sudah boleh didengar mulai 16 Februari lalu  melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts