Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib sebak apabila anak gadisnya, Dzakira Talita Zahra telah atau lebih mesra dengan panggilan Dekta melangkah ke alam dewasa selepas datang haid.
Talita dah datang bulan
Terbaharu, ibu tiri kepada Allahyarham Siti Sarah Raissuddin iaitu Siti Fatimah Suberi atau lebih dikenali sebagai Makder turut berkongsi berita mengenai Talita yang kini sudah akil baligh.
Menerusi hantaran yang dimuat naik Makder di Instagram memaparkan paparan skrin perbualannya di WhatsApp bersama Talita yang memberitahu bahawa dia kemungkinan sudah melangkah ke alam dewasa memandangkan terdapat beberapa tanda dirinya didatangi haid.
Ti (panggilan Siti Sarah), anak kau dah besar. Petang tadi pukul 5:34pm video call Talita, sembang-sembang biasa dengan dia. Lepas tu entah kenapa saja tanya, ‘Dekta dah period ke?’, lepas tu dia cakap belum.
Pukul 6:48pm, tadi dia WhatsApp nak cakap dia dah period. Terkejut saya. Baru je tanya tak sampai 2 jam. Saya pun call untuk suruh dia beritahu mummy. Alhamdulillah dah besar Talita.
Sementara di ruangan komen, Watie Hanifiah memberitahu memandangkan Talita sudah meningkat ke alam dewasa maka kini Talita tidak dibenarkan tidur di sebelah Shuib.
Perjanjian dah bermula, Dekta dah tak boleh tidur sebelah daddy.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya sempat menasihati Talita supaya menjaga diri dan martabat seorang wanita selain menutup aurat dengan sempurna.
Video
View this post on Instagram