Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, September 16, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPerkahwinan Megah Pasangan Kaya India Berlangsung Selama 3 Hari, Tetamu Jemputan Termasuk...

    Perkahwinan Megah Pasangan Kaya India Berlangsung Selama 3 Hari, Tetamu Jemputan Termasuk Rihanna & Bill Gates

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Mega! Itulah ungkapan yang boleh dikatakan mengenai majlis pra perkahwinan anak individu terkaya di India yang dijangka berlangsung selama tiga hari bermula 1 sehingga 3 Mac ini.

    Majlis mewah

    Menerusi laporan The Indian Express, pasangan yang dikenali sebagai Anant Ambani dan Radhika dilaporkan akan mengadakan majlis pra perkahwinan secara gemilang dan ia akan dihadiri sekitar seribu tetamu dari seluruh dunia.

    Antara tetamu yang dijangka hadir majlis tersebut termasuklah Bill Gates, Mak Zuckerberg dan Hillary Clinton. Mereka akan menikmati hidangan mewah termasuk dari Mexico, Parsi, Jepun dan Thailand yang disediakan oleh 21 chef daripada hotel terkemuka.

    Bukan itu sahaja, majlis pra perkahwinan yang dijadual berlangsung di kediaman keluarga bakal pengantin perempuan di Jamnagar, Gujarat akan diserikan dengan persembahan Rihanna.

    Menurut laporan media tempatan, Radhika Merchant merupakan anak perempuan kepada billionaire Shri Viren Merchant yang juga merupakan CEO kepada syarikat kesihatan Encore Healthcare.

    Anant Ambani pula adalah anak lelaki bongsu dari keluarga kaya raya Mukesh Ambani yang juga mempunyai empayar perniagaan Reliance Industries.

    Menerusi acara pra perkahwinan yang berlangsung selama tiga hari, tetamu akan dibawa bersantai dan melawat haiwan peliharaan keluarga tersebut sebelum Rihanna menghiburkan mereka.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,257FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts