Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, February 2, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Perkara Sebegitu Sangat Normal Bagi Seorang Kanak-Kanak” – Fattah Amin Jawab Isu...

    “Perkara Sebegitu Sangat Normal Bagi Seorang Kanak-Kanak” – Fattah Amin Jawab Isu Anak Merajuk Dengannya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebelum ini tular di media sosial apabila pengakuan jujur dari anak kepada pasangan pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura, Nur Fatima Aisya yang mengatakan dia sudah tidak sayang kepada bapanya.

    Fatima Tidak Mahukan Fattah

    Dalam video tersebut Nur Fazura, bertanya kepada anaknya mengapa dia menangis semasa sesi siaran langsung di media sosial.

    Jawapan Fatima mengejutkan ramai apabila dia dengan tegas berkata dia sudah tidak mahukan bapanya dan tidak sayang lagi akan bapanya itu.

    Saya tak nak daddy, saya dah tak sayang daddy lagi

    Namun menurut Harian Metro, Fattah Amin memberi reaksi yang tenang terhadap luahan Fatima tersebut.

    Menurut Fattah, dia menganggap reaksi anaknya itu sebagai perkara biasa bagi kanak-kanak berusia empat tahun.

    Bagi saya, itu biasalah untuk budak-budak. Kita tak boleh jangka apa yang mereka nak cakap.

    Perkara sebegitu sangat normal bagi seorang kanak-kanak.

    Tiada Sebarang Perubahan Berlaku

    via Instagram Fattah Amin

    Beliau juga menambah bahawa ketika bertemu dengan Fatima semalam, tidak ada sebarang perubahan atau ketegangan seperti yang digambarkan dalam video yang tular.

    Fattah juga menjelaskan bahawa walaupun hubungan mereka berbeza selepas perpisahan dengan Nur Fazura, ikatan antara dia dan anaknya tetap kukuh.

    Walaupun sekarang tidak seperti dahulu, hubungan kami masih rapat. Saya dan Fazura cuba yang terbaik untuk buat Fatima faham dengan keadaan kami sekarang.

    Mengenai tindakan segelintir individu yang merakam dan memuat naik potongan video tersebut, Fattah mengaku tidak mengetahui niat mereka.

    Malah Fattah mengharapkan warga net mendoakan yang baik-baik sahaja untuk dirinya dan keluarga kecilnya itu.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts