Baru-baru ini perkongsian penyanyi nombor 1 negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza menjadi perhatian susulan muat naik di Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu, Siti seakan memberi pesanan buat mereka yang bergelar suami untuk memelihara rumahtangga dengan baik.
Perkongsian Siti itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang membuat spekulasi serta beranggapan sesuatu yang tidak diingini dalam rumah tangga penyanyi itu.
Sementara itu, rata-rata netizen mendoakan agar dipermudahkan segala urusan buat penyanyi itu.