Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPermintaan Fahdli Masoot kepada isteri untuk masak telur masak kicap semasa sahur

    Permintaan Fahdli Masoot kepada isteri untuk masak telur masak kicap semasa sahur

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon, Fadhli Masoot mendedahkan dirinya amat teruja untuk menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini selepas sah bergelar suami kepada wanita pilihannya yang bernama Suraya pada 2 Mac lalu.

    Telur masak kicap untuk sahur

    Ketika ditemui , Fadhli atau nama sebenarnya Mohd Fadhli Masoot berkata, dia berasa teruja kerana hari-hari yang dilaluinya begitu indah terutama sekali apabila perutnya makin terjaga kerana isteri rajin memasak.

    Alhamdulillah, kehidupan selepas kahwin okay dan biasa saja cuma perbezaannya dari segi perut.

    Kalau sebelum ini kalau saya nak makan biasanya perlu pergi ke kedai, tapi sekarang ada isteri yang memasak di rumah.

    Selain itu, sebelum ini saya sejenis orang yang dah biasa basuh pinggan sendiri, tapi kini isteri halang dan minta saya letak saja di singki dan dia yang uruskan semua nanti.

    Fadhli berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran drama-drama TV3 ‘Rara Macam Dulu-Dulu’ sempena sambutan Ramadan dan Syawal bertempat di Glamhall, Damansara.

    Ketika ditanya mengenai juadah kesukaannya, pelakon yang terkenal dengan drama bersiri Projek: High Council ini mendedahkan dirinya adalah sebagai seorang lelaki yang sangat ‘simple’ dan mudah untuk dijaga.

    Tambah Fadhli, dia juga tidak cerewet dari segi penyediaan makanan kerana sudah cukup untuk menjamah hidangan telur masak kicap ketika bersahur.

    Sebenarnya isteri saya agak panik nak fikir hidangan kesukaan saya memandangkan ini merupakan kali pertama menyambut Ramadan bersama sebagai suami isteri.

    Sebelum ini, kami ada berbincang mengenai perkara itu tetapi isteri saya tetap panik memikirkan apa yang saya nak makan pada bulan puasa ini terutama ketika bersahur dan berbuka.

    Saya cakap padanya, ‘Saya ini orangnya ‘simple’ saja iaitu dari kecil sampai sekarang, makanan ketika sahur saya adalah telur masak kicap’.

    Hidangan tersebut (telur masak kicap) bagi saya ringkas, padat dan senang untuk emak saya siapkan dan saya berasa sangat bersyukut kerana isteri juga sukakan telur masak kicap dan mudah untuk kami berdua.

    Sekadar info, Fadhli selamat mendirikan rumah tangga bersama dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Masjid Al-Falah USJ 9.

    ALSO READ:  ‘Enough Sarah Yasmine!’ – Azhar Sulaiman 

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts