Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, November 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPermintaan Netizen untuk Emma Dedahkan Asal Usul Nama 'Maembong' - 'Ayah Membuat...

    Permintaan Netizen untuk Emma Dedahkan Asal Usul Nama ‘Maembong’ – ‘Ayah Membuat Nama Tersebut Terkenal di Dunia Seni Lukisan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    nama emmanama emma

    Pelakon jelita, Emma Maembong mendedahkan tentang kisah nama pentas yang diambil bersempena nama bapanya, Ismail dan datuknya, Embong.

    Gabungan nama

    nama emmanama emma

    Menerusi sesi siaran langsung di media sosial, Emma dilihat sedang berinteraksi dengan pengikutnya dan salah seorang daripada mereka bertanyakan tentang asal usul namanya.

    Menurut Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, dia telah diminta untuk memberikan nama pentas ketika awal kemunculannya di kaca televisyen.

    Saya tak tahu yang artis kena ada nama artis. Masa saya berlakon drama pertama, mereka minta saya nama untuk letak dekat TV.

    Kemudian saya bagi nama Fatimah Rohani sebab itu nama saya.

    Tetapi mereka suruh saya bagi juga nama artis. ‘Pakai nama Emma la sebab ramai yang panggil. Tapi nama belakang..takkan Emma Rohani?’

    Setelah cadangan awalnya ditolak, aktres berusia 32 tahun ini kemudian mendapat idea untuk menggunakan nama gabungan bapa dan datuknya.

    Fikir punya fikir, saya teringat nama ayah. Ayah saya pelukis negara, kalau korang pernah pergi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan tengok lukisan sejarah Melayu itu ayah saya yang lukiskan.

    Ayah saya akan tanda tangan dekat lukisan dan dia akan letak nama Maembong sebab nama ayah saya Ismail nama atuk saya Embong jadi dia gabungkan nama dia dengan nama atuk.

    Pelakon filem Kimchi Untuk Awak ini kemudian memutuskan untuk menggunakan nama tersebut sebagai nama pentas selain menjadikan ia satu penghormatan terhadap pencapaian bapanya.

    Ayah memang dah bawa nama Maembong tu sehingga menjadi besar dalam dunia seni lukisan. Jadi saya fikir saya nak perkembangkan lagi nama itu dan ambil nama Maembong, letak di belakang nama Emma.

    Kiranya saya bawa nama ayah dan atuk sekali.

    @wanitamatahari

    Replying to @BitterSweet????? seronok dengar Emma bercerita. Rasa tengah lepak minum semeja in reality. Too humble to handle ??#foryou #fyp #wanita #emmamaembong #foryoupage @emma maembong

    ? original sound – Milah & Bunga – Milah & Bunga

    ALSO READ:  ‘Saya Masih Menjaga Batas & Penampilan Agar Tidak Terlalu Mencolok Mata’ – Dottie

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts