Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPernah Ada Rekod Jenayah Rogol Budak Bawah Umur, Atlet Bola Tampar Kena...

    Pernah Ada Rekod Jenayah Rogol Budak Bawah Umur, Atlet Bola Tampar Kena ‘Boo’ Di Olimpik Paris

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pernah mempunyai rekod jenayah rogol kanak-kanak di bawah umur, atlet bola tampar Belanda iaitu Steven van der Velde menerima ejekan daripada penonton selepas dia dibenarkan bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024.

    Penonton tak puas hati

    Menerusi laporan Express, atlet berusia 29 tahun itu dan pasukannya membuka kempen mereka dengan berdepan Itali dalam Kumpulan B.

    Menerusi perlawanan tersebut, penonton jelas tidak berpuas hati dengan keputusan untuk membenarkan van der Velde beraksi dalam temasya Olimpik.

    Ketika kemunculan pertamanya di Paris, Van der Velde diejek penonton yang membuat bunyi ‘boo’ dari tempat duduk masing-masing pada permulaan perlawanan.

    Terdahulu, Van der Velde dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun pada 2016 setelah mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dari Britain.

    Dia hanya menjalani 12 bulan daripada hukuman tersebut sebelum dibenarkan menyambung kerjaya bola tamparnya.

    Bulan lalu, dia dipilih untuk mewakili pasukan Belanda di Olimpik 2024.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts