Mula-mula dalam perkahwinan, kita sangat berharap untuk dianugerahkan zuriat. Kita akan menghadapi fasa menunggu setiap bulan agar tidak ada datangnya haid.
Tetapi memasuki tahun ketiga perkahwinan, penyanyi Elizabeth Tan berharap diberikan cahaya mata sebagai lengkap kepada kehidupannya.
Elizabeth Tan Su Mei meluahkan keinginannya untuk melahirkan anak daripada rahim sendiri, sekali gus berpeluang untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama anak kecil di tahun depan.
“Tema ‘pink’ untuk rayakan perayaan tahun ini.
“Harapannya, Tahun Baru Cina tahun depan sudah bertiga,” katanya dalam hantaran foto bersama suaminya di Instagram.
Melalui perkongsian tersebut, penyanyi lagu Police Entry itu bergaya dengan baju merah jambu yang juga serasi dengan suaminya, Dr. Siew Jim.
Minggu lepas, Elizabeth yang lebih dikenali sebagai Lizzy juga menyuarakan harapan yang sama ketika hadir di majlis pengumuman jantina bayi pelakon Puteri Aishah.
“Cuba untuk mendapatkan aura bayi untuk diri sendiri,” kata-katanya dalam kapsyen gambar bersama temannya itu.
Antara komen-komen rakan seperjuangan dan netizen, banyak yang mendoakan Lizzy bersama suaminya untuk dianugerahkan cahaya mata.
Untuk makluman, pasangan ini menandakan perkahwinan mereka pada 21 Mac 2021 dalam majlis tertutup kerana mematuhi prosedur standard operasi (SOP) Covid-19 ketika itu.
Sebelum ini, Lizzy pernah mendedahkan bahawa dia menghadapi masalah alopecia yang menyebabkan keguguran rambut yang serius akibat penyakit autoimun yang dihidapi sejak kecil.
Dia juga menyuarakan kebimbangan bahawa masalah tersebut mungkin memberi kesan terhadap usaha untuk hamil.