Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, October 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPernah Berdoa Enggan Lagi Hidup Diulit Populariti, Mawi Pernah Dikawal Ketat 40...

    Pernah Berdoa Enggan Lagi Hidup Diulit Populariti, Mawi Pernah Dikawal Ketat 40 Bodyguard Zaman “Tsumawi”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sejak menjuarai program realiti Akademi Fantasia (AF) musim ketiga pada tahun 2005, Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi, tidak pernah menyangka bahawa kehidupannya akan berubah secara drastik.

    Dalam sebuah podcast baru-baru ini, Mawi, yang kini berusia 42 tahun, mengimbas kembali fasa awal selepas memenangi AF3 dan bagaimana dia terkejut dengan populariti yang diraih sehingga terpaksa menggunakan khidmat 40 pengawal peribadi untuk menjaga keselamatannya.

    Mawi berkongsi kisah bagaimana dia ingin melawat rakan-rakan lamanya di sebuah pasar raya di Subang Jaya, tempat dia pernah bekerja sebelum menjadi selebriti.

    “Ada sekali saya mahu pergi pasar raya di Subang Jaya sebab pernah bekerja di sana sebelum ini bagi jumpa kawan-kawan lama. Saya cakap dengan bekas pengurus tapi dia minta suruh tunggu dulu di parkir apabila sampai. Rupa-rupanya, dia susun 40 orang pengawal peribadi, saya ingat seorang dua sahaja,” katanya.

    Kehadiran 40 pengawal peribadi yang berbadan tegap dan berkaca mata hitam itu membuatkan Mawi terkejut. Namun, dia menyedari keperluan pengawal peribadi yang ramai selepas melihat situasi di pasar raya tersebut yang dibanjiri oleh peminat.

    “Ketua mereka minta 10 orang naik ke atas pasar raya kerana ada tiga ke empat tingkat untuk periksa sama ada, ada bom atau apa-apa. Ketika itu saya tanya perlukah sampai begini tetapi apabila masuk pasar raya, saya baru perasan memang patut ada 40 orang jaga, kalau empat orang habis saya,” ujarnya.

    Populariti yang melambung tinggi ternyata membawa kebimbangan tersendiri buat Mawi. Dia mendedahkan bahawa kemasyhuran yang diraih membuatkannya berdoa agar tidak terus hidup dalam keadaan tersebut.

    ALSO READ:  Meiska Adinda, Penyanyi Indonesia Mensajikan Lagu ‘DURSILA’ Untuk OST Drama Malang Si Puteri

    “Ketika itu baru lepas menang AF. Luaran memang nampak seronok dengan kemasyhuran ini tetapi sebaliknya hari-hari saya berdoa. Ya Allah, saya tidak mahu hidup macam ini. Dulu saya minta sikit sahaja tetapi Dia bagi lebih sangat ini. Risau saya jadi tidak bersyukur, saya cuba tetapi banyak sangat,” tuturnya lagi.

    Kejayaan Mawi dalam AF3 bukan sahaja mengubah hidupnya tetapi juga mencetuskan fenomena Mawi World yang menjadi sebutan dan ikutan seluruh negara.

    Fenomena tersebut turut menyaksikan Mawi digelar sebagai ‘Raja SMS’ apabila meraih RM12.6 juta undian sepanjang sembilan minggu dalam AF, menjadikannya pelajar dengan undian paling tinggi dalam sejarah program tersebut.

    Walaupun populariti yang diraih membawa cabaran tersendiri, Mawi tetap dikenang sebagai salah seorang ikon penting dalam industri hiburan Malaysia.

    Perjalanannya dari seorang pekerja biasa di pasar raya kepada seorang bintang terkenal adalah bukti bahawa impian boleh menjadi kenyataan dengan usaha dan keberanian untuk menghadapi segala cabaran yang datang.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,204FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts