Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPernah Bermasam Muka, MK K-Clique & Tuju Sudah Berbaik – ‘Saya Keluar...

    Pernah Bermasam Muka, MK K-Clique & Tuju Sudah Berbaik – ‘Saya Keluar Atas Pilihan Sendiri’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi rap dan bekas ahli kumpulan K-Clique iaitu Tuju memberitahu hubungannya dengan ahli yang lain sudah berbaik.

    Artikel berkaitan: Tuju Tak Suka Kongsi Kisah Peribadi Kepada Umum, Hanya Luah Dalam Karya

    Artikel berkaitan: [VIDEO] MK K-Clique Mohon Maaf Pada Tuju Andai Hati Tersinggung, Rindu Berkumpul 8 Orang

    Keluar atas pilihan sendiri

    Menurutnya, dia tidak menafikan pernah berselisih faham dengan MK yang membawa keputusan untuk keluar daripada kumpulan tersebut.

    Bagaimanapun, dia dan MK sudah berjumpa dan menjernihkan hubungan malah mereka sudah mengeluarkan lagu bersama yang berjudul Risiko.

    Kalau orang luar beri dakwaan yang macam itu, saya sukar nak cakap. Kalau dulu mungkin saya ada masalah dengan MK K-Clique atau sesiapa pun itu sudah semestinya saya punya kehidupan peribadi antara satu sama lain.

    Saya dengan MK semestinya kami sudah berbaik. Mungkin adalah perkara yang terkilan di hati saya, terkilan hati beliau. Apa yang terjadi membuatkan saya keluar daripada fasa tersebut.

    Jadi saya pun fokus ke depan dan saya sentiasa mendoakan mereka untuk teruskan cipta karya-karya yang banyak orang tunggu di luar sana dan dapat inspirasi seperti dulu.

    Dalam pada itu, Tuju menjelaskan keputusan keluar daripada K-Clique merupakan pilihannya sendiri untuk membawa haluan sendiri.

    Sebenarnya dengan yang lain saya tiada masalah. Mungkin ada masalah tapi kami sudah duduk daripada awal minta maaf satu sama lain.

    Kenapa saya keluar dari kumpulan itu semua adalah pilihan diri saya. Memang betul-betul pilihan saya untuk tidak bersama dengan mereka ataupun lebih fokus dengan hidup saya sekarang dan kerjaya saya di Kuala Lumpur.

    Sedia bertemu K-Clique

    Katanya lagi, dia terbuka untuk bertemu dengan ahli kumpulan lain memandangkan mereka sudah lama menyelesaikan persengketaan mereka.

    Sudah semestinya saya sentiasa menunggu dan berdoa saya okay untuk bertemu mereka. Sudah semestinya mereka menunggu masa untuk bertemu macam saya berjumpa MK pun kami tidak ada berhubung untuk berjumpa, semua secara tiba-tiba.

    Kami meluah antara satu sama lain, Alhamdulillah kami sudah di fasa yang sangat-sangat jauh dan tidak sabar untuk kongsi dengan orang yang sentiasa sokong kami.

    Secara jujur, saya rasa mereka dan saya tidak ada benda lagi perlu dibincang. Bila saya keluar dari kumpulan tersebut pun, saya meminta maaf dan minta undur diri secara baik.

    Kalau tak percaya mereka boleh tunjuk teks (mesej) daripada saya simpan. Mereka sendiri tahu kenapa saya keluar. Itu sebab saya hanya ingin kongsikan cukup sampai kami sudah berbaik dan mengeluarkan lagu terbaik. Selebihnya saya lebih selesa mereka ada sebelah saya untuk kongsi apa mereka nak cakap.

    ALSO READ:  ‘Kesedihanku di Tengah Malam Kerana Khuatir Akan Nasib Anak-Anakku Di Masa Depan’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts