Rupanya pengotor jugak ye bekas suami Angelina Jolie ni.
Mungkin tak ramai yang tahu, Jason Priestley dan juga Brad Pitt pernah menjadi rakan sebilik di Hollywood suatu ketika dulu. Dalam sebuah apartment dua bilik, mereka berkongsi sebuah bilik, manakala sebuah bilik lagi disewa oleh seorang lelaki lain.
Jason mendedahkan walaupun Brad Pitt seorang rakan sebilik yang baik, tetapi ketika itu dia langsung tidak kisahkan tentang kebersihan dirinya. Mereka pernah ‘bermain’ permainan untuk melihat siapa yang boleh tahan untuk tidak mandi dalam masa yang lama.
“Kami pernah bermain permainan ini untuk melihat siapa yang boleh tahan tak mandi paling lama. Sekarang saya fikir, betapa menjijikkan situasi itu.”
Menjawab soalan mengenai siapa yang boleh tahan untuk tidak mandi dalam jangka masa yang lama, Jason menyatakan jawapannya iaitu Brad Pitt. Tambah Jason, dia yakin Brad Pitt tidak lagi melakukan perkara tersebut dan sudah mengubah tabiat buruknya itu sekarang.