Jefri Nichol, pelakon Indonesia bersuara bahawa dia percaya pendidikan seks perlu didedahkan kepada pelajar sejak di peringkat awal persekolahan lagi.
Dipetik daripada Kompas, Jefri, yang juga menjadi kekasih kepada pempengaruh Ameera Khan, percaya usaha ini perlu membuka minda orang ramai. Selain itu, mencegah penularan seks bebas dan penularan penyakit kelamin di kalangan masyarakat Indonesia.
View this post on Instagram
“Bagi saya, pendidikan seks ini perlu dimulakan sejak kecil kerana kanak-kanak sekarang sudah pandai tentang seks sehingga ada yang berani mencuba tanpa menyedari bahayanya. Kebanyakannya terikut-ikut dengan rakan sebaya.”
View this post on Instagram
Bukan itu sahaja, Jefri juga menyatakan pendidikan seks sudah tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang baharu dan tabu dalam kalangan masyarakat.
Tambahnya, pengenalan mengenai alat pencegah kehamilan juga penting untuk mengelakkan berlakunya penyebaran penyakit seksual.
View this post on Instagram
“Soal seks itu sangat peribadi, tetapi ia tetap akan berlaku. Jadi mereka ini perlu diberikan pendedahan tentang pendidikan seks dengan sewajarnya. Jangan malu atau takut nak beli alat pencegahan kehamilan kerana ia melibatkan kesihatan diri sendiri.”
Untuk rekod, sebelum ini Jefri Nichol membuat pengakuan berani, menyatakan dia pernah meniduri lebih 20 wanita selain berlaku curang dengan pasangannya.