Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPersatuan Digital Malaysia Lantik Ketua Pegawai Operasi REV Media Group Sebagai Naib...

    Persatuan Digital Malaysia Lantik Ketua Pegawai Operasi REV Media Group Sebagai Naib Presiden

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Persatuan Digital Malaysia (MDA) mengumumkan pelantikan Eileen Ooi, Ketua Pegawai Eksekutif Omnicom Media Group Sdn Bhd, dan Nicholas Sagau, Ketua Pegawai Operasi REV Media Group sebagai Presiden dan Naib Presiden pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-15 yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor, pada Jumaat lalu.

    Artikel berkaitan: Dominasi 7 Anugerah Di MDA d Awards, REV Media Group Bukti Sebagai Penerbit Digital Terkemuka Malaysia 

    Mesyuarat Agung Tahunan ke-15

    Ditubuhkan pada 2009, misi Persatuan Digital Malaysia (MDA) the Malaysian Digital Association (MDA) adalah untuk menjadi suara utama dalam membentuk pertumbuhan ekonomi digital Malaysia dan memperkasakan semua perniagaan dan profesion digital untuk berkembang maju.

    Melalui persatuan ini, ahli-ahli menyampaikan aspirasi dan impian mereka melalui satu suara dan bertindak dengan satu tujuan dalam penerbitan digital dan hal-hal berkaitan pengiklanan.

    Menurut Ketua Pegawai Operasi REV Media Group, Nicholas Sagau berkata, dia bersyukur diberikan kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai Naib Presiden MDA.

    Saya amat berbesar hati dan berterima kasih atas kepercayaan industri dalam memilih REV Media, Media Prima sebagai Naib Presiden MDA.

    Pelantikan ini adalah bukti keyakinan industri terhadap keupayaan kami untuk menerajui industri penerbit media digital melalui cabaran yang ditimbulkan oleh prospek ekonomi semasa, yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor.

    Saya amat bersemangat untuk bekerjasama rapat dengan ahli jawatankuasa yang dipilih oleh industri kami, pemegang jawatan dan pihak berkepentingan untuk memacu inovasi dan pertumbuhan ekonomi digital.

    Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Omnicom Media Group Sdn Bhd, Eileen Ooi memberitahu sangat berbesar hati dilantik semula sebagai Presiden untuk penggal kedua,

    Saya sangat teruja dan amat berbesar hati kerana dipilih sebagai Presiden MDA untuk penggal kedua. Saya benar-benar menikmati perjalanan saya dengan MDA dan komited untuk terus berkhidmat kepada komuniti dan menyokong pertumbuhan industri ini.

    Pelantikan ini adalah bukti keyakinan industri terhadap impak dan sokongan MDA dalam memacu ekonomi digital ke hadapan dan peranan Omniom Media Group sebagai perwakilan keperluan agensi dan pengiklan digital.

    Saya tidak sabar-sabar untuk bekerjasama rapat dengan seluruh pemegang jawatan terpilih dalam MDA, ahli jawatankuasa dan rakan kongsi strategik.

    Mesyuarat Agung Tahunan ke-15 yang berlangsung di Hotel One World, Petaling Jaya turut melantik Lydia Wang, Ketua Pegawai Perniagaan Star Media Group Berhad sebagai Setiausaha dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Tan Lee Chin (Strategi & Kandungan) dari MCIL Malaysia sebagai Bendahari.

    ALSO READ:  Selepas Mengaku Ada Anak Luar Nikah, Jong Woo Sung Didakwa Ada ‘Scandal’ Dengan Dua Lagi Wanita Selain Moon Ga Bi

    Ahli Jawatankuasa yang dipilih untuk penggal 2024-2026 adalah 16TWO Communication Labs Sdn. Bhd., Astro Media Solutions Sdn Bhd, FCB Sdn Bhd (FCB SHOUT), Dentsu Holdings (M) Sdn Bhd, GroupM Malaysia, iMedia Asia Sdn Bhd, IPG Mediabrands Sdn Bhd, Nuffnang Sdn Bhd dan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts