Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPersembahan ‘Comeback’ KRU Di Pentas CSOIAM Ubati Hati Peminat Fanatik, Bukti Masih...

    Persembahan ‘Comeback’ KRU Di Pentas CSOIAM Ubati Hati Peminat Fanatik, Bukti Masih Terhangat Di Pasaran

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pentas Calpis Soda One In A Million menjadi lebih meriah dan penuh energi dengan persembahan luar biasa dari kumpulan penuh nostalgia, KRU sebagai penutup acara. 

    Pukau hati peminat

    KRU menghidupkan suasana dengan gaya mereka yang unik dan penuh semangat menerusi lagu-lagu hit mereka, antaranya Voodoo, Terhangat Di Pasaran, dan Fanatik yang sudah lama menjadi kegemaran ramai, menyemarakkan lagi malam penuh kejutan itu.

    Dengan koreografi yang mantap dan persembahan visual yang memukau, KRU berjaya mencuri perhatian dan memastikan semua yang hadir terpesona, mengembalikan semula demam KRU.

    Menerusi persembahan ‘comeback’ mereka eksklusif di TV3, ia memberi para peminat peluang untuk menyaksikan perkembangan terkini projek muzik yang sedang diusahakan oleh mereka.

    Kehadiran KRU di pentas ini bukan hanya sebuah penghormatan kepada warisan muzik mereka, tetapi juga membuktikan bahawa mereka tetap relevan dan terus berinovasi dalam industri muzik Malaysia.

    Episod pertama

    Episod pertama CSOIAM mencatat permulaan yang penuh kejutan apabila daripada senarai 20 terpilih, hanya 14 peserta terbaik berjaya mara ke minggu kedua, melepasi enam lagi yang terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal.

    Dalam persaingan yang sengit, setiap peserta tampil habis-habisan, menonjolkan vokal yang mantap dan penghayatan yang cemerlang demi membuktikan mereka layak digelar ‘satu dalam sejuta’. Namun, impian terpaksa berakhir lebih awal buat Yusriansyah, BFORE3, BOISOVER, Iqmal Romi, Esther, dan Jill Gaisah, yang terpaksa akur dengan keputusan minggu ini.

    Hashtag #OIAM terus melonjak ke trending nombor 1 di platform “X” dengan lebih 700 juta capaian di media sosial menjadikan CSOIAM bukan sekadar rancangan realiti tersohor, tetapi satu fenomena yang menyatukan peminat muzik tanah air.

    ALSO READ:  Hattan, Black & Hazama Bakal Kongsi Pentas, Konsert Di Plenary Hall 8 Februari Tahun Depan

    Dominasi CSOIAM Menguasai Carta Populariti!  CSOIAM mengungguli dari segi potensi dan jumlah capaian, membuktikan kemampuannya menarik perhatian penonton yang lebih luas di pelbagai platform.

    Dominasi ini mencerminkan pengaruhnya sebagai jenama yang mampu mencipta keterujaan dan daya tarikan yang besar. Namun begitu, anggaran tontonan yang lebih tinggi turut menunjukkan bahawa penonton bukan sahaja lebih aktif berinteraksi, menjadikan setiap pengalaman lebih bermakna dan berimpak.

    Tema minggu hadapan

    Tema pada minggu hadapan adalah ‘Melodi Indah, Segar Membara’ iaitu lagu-lagu hit yang pernah mencuri hati  suatu ketika dahulu, diberi nafas dan melodi baru yang segar.

    Mampukah peserta top 14 memukau juri dan penonton dengan X-faktor yang dinanti-nantikan?  Saksikan setiap detik mendebarkan ini secara eksklusif di TV3, jam 9.00 malam setiap Ahad, atau strim secara HD di Tonton melalui laman sesawang rasmi di  http://tonton.com.my/calpissodaOIAMTV3.  Jangan lepaskan peluang menyaksikan keajaiban peserta-peserta Top 14 ini secara langsung.

    Melalui laman sesawang juga, anda boleh mengundi peserta kegemaran sambil berpeluang memenangi sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000 setiap minggu! Teruskan menonton siaran langsung CSOIAM dan bersedia untuk imbas kod QR yang dipaparkan semasa sela iklan. Jawab semua soalan dengan tepat dan pantas – siapa tahu, anda mungkin pemenang bertuah yang akan memandu pulang hadiah luar biasa ini!

    Undian Untuk CSOIAM Akan Rasmi Bermula Minggu Hadapan! Jangan lepaskan peluang untuk memberikan sokongan padu kepada peserta kegemaran anda. Keputusan mingguan akan ditentukan berdasarkan gabungan 60% markah daripada juri profesional dan 40% undian daripada penonton, bermula episod kedua sehingga episod kelapan.

    Tambahkan impak undian anda dengan mudah!  Daftar di Tonton untuk mendapatkan 10 undian percuma.  Tidak cukup?  Tingkatkan lagi peluang peserta pilihan anda dengan membeli Calpis di Shopee dan menebus baucar eksklusif dengan tambahan 50 undian. Pastikan anda bersedia untuk menyokong peserta kegemaran anda dengan cara yang paling berkesan.  Undian anda mungkin menjadi penentu kejayaan mereka!

    ALSO READ:  Fasha Sandha Dedah Sering Berasa Gugup Setiap Kali Berjumpa Datuk Seri Siti Nurhaliza

    Jangan juga terlepas untuk merasai keterujaan sorotan eksklusif menerusi “Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal,” yang akan bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam bermula 26 Disember.  Ikuti @CalpisSodaOIAMTV3 di semua platform media sosial untuk perkembangan terkini dan sertai kemeriahannya. Rasai kesegaran dan nikmati keunikan rasa yang menyegarkan bersama Calpis Soda, minuman susu kultur berkarbonat pilihan anda musim ini!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts