Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPersembahan Siti Nurhaliza Dipuji Mokhzani Biarpun Berlatih Menerusi WhatsApp-“Live Vokal Yang Sangat...

    Persembahan Siti Nurhaliza Dipuji Mokhzani Biarpun Berlatih Menerusi WhatsApp-“Live Vokal Yang Sangat Meremang”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pengarah muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail menitipkan kata-kata pujian buat penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang tampil memberikan persembahan pada sambutan Tahun Melawat Melaka dan Ambang Tahun baharu di Dataran Pengkalan Rama, Melaka baru-baru ini.

    “Dia Tiada Tolok Bandingannya & Berada Dalam Kelas Yang Paling Tinggi..”

    Datuk Mokhzani menerusi hantaran di Instagram, menyifatkan penyanyi berusia 44 tahun itu berada pada kelas yang tertinggi dan tiada tolok bandingnya di dalam insdustri seni.

    “Tidak keterlaluan kalau nak sebut Datuk Seri Siti Nurhaliza penyanyi nombor 1 Malaysia dan mungkin ada lagi yang in the making ke arah itu. Cuma dia tiada tolok bandingannya dan berada dalam kelas yang paling tinggi.”-tulis Datuk Mokhzani di Instagram

    Hanya Berlatih Menerusi WhatsApp

    Tambahnya lagi, Mokhzani mendedahkan bahawa Siti tampil memberikan persembahan dengan penuh keyakinan dan terbaik biarpun mereka tidak dapat berlatih disebabkan faktor cuaca di lokasi acara.

    “Walau kita tak sempat nak practice yang sebenar-benar practice kerana faktor hujan di lokasi. 

    Jalan terbaik saya hantar video dan dia respon di dalam WhatsApp tapi dia muncul semalam dengan penuh yakin, dengan live vokalnya yang sangat meremang.”-kongsi Mokhzani lagi

    Peminat Setuju!

    Di ruangan komen, rata-rata peminat bersetuju dengan kenyataan Datuk Mokhzani, malah ramai yang kagum dengan bakat serta keperibadian Datuk Seri Siti Nurhaliza.

    “Tahniah Datuk Mokhzani dan Dato Sri Siti Nurhaliza . Gabungan yang hebat semalam. Dua ikon AJL bergabung. Bergegau kota melaka.”

    “Dato @ctdk belting high note pun masih senyum2 manis.. sentiasa lunak suara dato siti 🙌🔥.”

    “Gifted…tu yang sesuai dengan seorang siti nurhaliza…dia pun jenis yang ramah…hormat orang lain…serta jadi diri dia sendiri….”

    “Puas baca komen dari org yang berprofil bukan calang calang dlm industri muzik Malaysia.”

    “Inilah kelebihan Dato Siti yang tiada pada org lain… Cepat tangkap key dan bole bezakan dua mood lagu dengan mantap.. Tq Datuk sependapat dgn kami.. Dato Sri Siti Nurhaliza sesungguhnya permata seni negara dan bakat kurniaan Allah SWT.. Aamiin 🤲🏻🤲🏻😊😊.”

    Apa komen anda?

    ALSO READ:  ‘Muslimah Pun Ada High Class?’ – Fasha Sandha Bidas Ustazah Tegur Wanita Buat Trend ‘Alamak Raya’


    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts