Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, September 8, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPersembahan ‘The Sacred Riana Conjuring Live In Kuala Lumpur’ Bakal Tiba, Ini...

    Persembahan ‘The Sacred Riana Conjuring Live In Kuala Lumpur’ Bakal Tiba, Ini Perkara Yang Perlu Anda Tahu!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Persembahan yang dinanti nantikan akhirnya tiba “The Sacred Riana Conjuring Live In Kuala Lumpur”. Pertunjukkan Magik berskala penuh daripada The Sacred Riana, buat julung kalinya di Malaysia akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 15 Julai 2023.

    Riana yang merupakan seorang pakar ilusi paling terkenal di dunia akan mempersembahkan satu pertunjukkan yang bukan sahaja seram tetapi penuh dengan misteri yang akan membuat penontonnya terkagum.

    Riana atau nama sebenarnya Marie Antoinette Riana Graharani yang berasal dari Indonesia, telah meraih populariti di persada dunia setelah menjadi juara musim kedua “Asia’s Got Talent”pada tahun 2017 dan “British Got Talent” pada tahun 2019.

    Sementara itu, Riana juga merupakan salah satu finalis di “America’s Got Talent: The Champion”. Dengan keperibadian misteri, Riana bukan sahaja telah memenangi jutaan hati peminat dari seluruh dunia tetapi dia juga telah mendapat pengikhtirafan dalam senarai berprestij Forbes 30 Under 30 Asia.

    Mediaberg Productions, penganjur persembahan “The Sacred Riana Conjuring Live in Kuala Lumpur”, mengatakan bahawa ini merupakan peluang emas kepada para penonton kerana mereka dapat menyaksikan aksi-aksi ilusi yang menakjubkan, disamping trik-trik yang luar biasa beserta kejutan menyeramkan di atas pentas dengan jarak yang terdekat.

    Tambahan, pertunjukkan ini merupakan satu sajian yang cukup baik khususnya bagi mereka yang mengemari genre seram dan elemen mistik daripada The Sacred Riana yang telah berjaya mencipta fenomena dan mengegarkan pentas pencarian bakat antarabangsa.

    Keterampilan The Sacred Riana dengan rambut panjang mengurai yang menutupi sebahagian mata kirinya berserta dengan patungnya sahaja cukup menyeramkan . Selain itu, kemampuan supernatural atau mistik Riana sudah tentunya akan membuat penonton terhibur.

    ALSO READ:  Didi Astillah Dedah Aliff Aziz Pernah Jalin Hubungan Dengan Isteri Orang Anak 3 – ‘Yang Sorang Lagi Tu Pun..Munafik’

    Persembahan ini dibuka kepada penonton dewasa dan kanak-kanak yang berusia 7 tahun keatas. Namun kanak-kanak khususnya yang berusia 7 tahun keatas mesti diiringi oleh orang dewasa. Pihak Mediaberg Productions juga telah mengambil semua keperluan keselamatan tanpa berkompromi.

    Mediaberg Productions telah berada dalam industri persembahan dan konsert selama lebih dari dua tahun. Pihak Mediaberg juga sangat berbesar hati untuk membawa kepada anda persembahan bertaraf antarabangsa ini setelah berjaya menganjurkan konsert bertema fusion sebelum ini. Mediaberg bersemangat untuk menerokai lebih banyak peluang untuk membawa pelbagai seniman dan bakat antarabangsa beserta melakukan kolaborasi dengan para seniman Malaysia.

    Tiket untuk The Sacred Riana Conjuring Live in Kuala Lumpur dibuka untuk pembelian sekarang. Jangan lengah lagi untuk mendapatkan pengalaman yang tak akan dilupakan ini – dapatkan tiket anda sekarang di www.ticket2u.com.my/tsr.

    Untuk keterangan lebih lanjut, ikuti mereka di Instagram. Bersiap sedia untuk terpesona, terkagum, dan menyaksikan pengalaman yang tidak dapat
    dilupakan ini.




    Credit: #ApaPlan – Murai MY

    Related articles

    Follow Us

    20,267FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts