Penyanyi dan pelakon Jeslina Hashim berkongsi persiapan bakal mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja tidak lama lagi.
Artikel berkaitan: Update : Kes Cerai Jeslina Hashim
Artikel berkaitan: Penyanyi Jeslina Hashim Bakal Bercerai Esok?
Menghitung hari bahagia
Menerusi perkongsian di Instagram Majalah Nona, Jeslina memaklumkan persiapan perkahwinannya sudah selesai dan sedang menghitung hari menuju ke hari bahagia.
Persiapan semua dah siap tunggu hari je. Tidak lama lagi, boleh kira pakai dua tangan. Perkahwinan akan diadakan di Kuala Lumpur dan secara kecil-kecilan dengan keluarga sahaja.
Dalam pada itu, Jeslina menyifatkan bakal suaminya seorang yang sangat baik dan disayangi ramai.
Malah, anak-anaknya juga menerima dan menyayangi bakal bapa tiri mereka.
Sebab dia sangat baik. Saya sangat mencintai dia. Semua orang yang jumpa dia, semua sayang dengan dia dan Micah dengan Keira (anak-anak) pun sayang dengan dia.
Terdahulu, Jeslina didakwa bakal mendirikan rumah tangga dengan kerabat Diraja Negeri Sembilan iaitu Tunku Eddy Nasruan Adil selepas lapan tahun menjalinkan hubungan cinta.
Tunku Eddy merupakan cucunda kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tuanku Ja’afar dan Tunku Ampuan Najihah.
Untuk rekod, Jeslina pernah berkahwin dengan Dion Andrew Vercoe pada 21 April 2005 namun bercerai pada Mac 2013.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Micah, 16, dan Keira, 14.