Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPertama Kali Bawa Lagu Pop Balada Melayu, “KERTAS” Jadi Karya Ketuhanan Istimewa...

    Pertama Kali Bawa Lagu Pop Balada Melayu, “KERTAS” Jadi Karya Ketuhanan Istimewa Noryn Aziz

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tidak ada yang lebih mengujakan buat Noryn Aziz saat membuka tahun 2024 dengan sebuah cetakan baharu dalam sejarah karier seninya.

    Mempunyai Kredibiliti Yang Besar

    Setelah sangat sinonim dengan genre Jazz, R&B dan Soul, Noryn membuktikan selaku penyanyi beliau mempunyai kredibiliti yang besar dalam ruang lingkup nyanyiannya.

    Kertas, lagu terbaharu nyanyiannya yang saat ini sedang mencuri perhatian peminat apabila menjadi runut bunyi drama bersiri Khun:sa adalah bukti nyata kemampuan seorang Noryn Aziz sebagai penyanyi wanita tanah air yang patut dibanggakan.

    Karya sepenuhnya oleh komposer wanita berbakat besar, Amylea Azizan, Kertas yang dibalut dalam nuansa Pop Balada Melayu dialun dengan cukup gemersik oleh Noryn.

    Sebuah Karya Ketuhanan

    via OPR Network

    Kertas adalah sebuah karya Ketuhanan yang menurut Amylea sangat sesuai dilagukan oleh Noryn dan jangan terlupa, Kertas adalah karya pertama yang dialunkan Noryn dalam balutan Pop Balada Melayu.

    Tambahnya, kekuatan Kertas juga bukan hanya bergantung kepada beliau selaku penyanyi tetapi kredit perlu diberikan kepada Amylea yang tidak pernah gagal menghasilkan sebuah karya cemerlang.

    Tidak cukup dengan itu, Noryn berasa bonus berganda apabila Kertas dicipta khusus oleh Amylea untuk menjadi runut bunyi Khun:sa sentuhan magis sutradara, Shahrulezad Mohameddin atau Budak Ijat.

    Noryn menyifatkan Kertas sangat istimewa kerana mempunyai pengertian yang cukup dalam untuk kita sebagai manusia renungkan bersama.

    Mendapat Sambutan Positif

    via OPR Network

    Dengan keindahan yang telah diciptakan terhadap lagu kertas dan drama bersiri Khun:sa, Noryn berbesar hati agar kedua-dua karya ini mendapat sambutan positif dan menerima apresiasi dalam kalangan pendengar serta penonton.

    Menurut Amylea dia menggalas tanggungjawab besar menghasilkan kertas dalam balutan genre yang tidak pernah dinyanyikan Noryn menerusi lagu miliknya.

    ALSO READ:  Ika Nabella Kesal Sikap Masyarakat Tiada Kesedaran Sivik Ketika Menaiki Lif, Netizen Setuju!

    Bertindak sebagai Pengarah Muzik Khun:sa, Amylea juga mahu Kertas berdiri sendiri selepas drama tersebut habis ditayangkan atau menjadi sebuah lagu yang digemari tanpa seseorang pernah menonton naskhah tersebut di kaca televisyen.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts