Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPertama Kali Berdepan Insiden Gempa Bumi Di Jepun, Scha Al Yahya Akui...

    Pertama Kali Berdepan Insiden Gempa Bumi Di Jepun, Scha Al Yahya Akui Cemas Dan Risau Untuk Kunjungi Setiap Lokasi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ramai yang tahu bahawa pihak berkuasa Wilayah Ishikawa Jepun masih berusaha mencari 51 orang yang dilaporkan hilang akibat gempa bumi kuat dan beberapa siri gegaran susulan yang melanda wilayah itu pada tahun baharu,

    Terkini, di bandar Wajima yang mencatatkan angka kematian tertinggi akibat bencana itu, enam orang dilaporkan hilang.

    Perkhidmatan penyelamat menerima 40 hingga 50 laporan mengenai bangunan runtuh yang mungkin menyebabkan penduduk terperangkap.

    Berbahas soal ini, pengacara Awal Ashaari yang bercuti di Jepun bersama keluarga minggu lalu mengaku isterinya Scha Al Yahya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga susulan gempa bumi yang melanda negara matahari terbit itu.

    Awal yang baru pulang ke tanah air bersama Scha dan dua puteri tercintanya tiga hari lalu berkata, sejak insiden itu Scha antara individu yang paling risau sehingga setiap lokasi yang dikunjungi isterinya itu akan memastikan tempat itu berada dalam keadaan selamat.

    “Sepanjang berada di sana Scha paling risau dengan keselamatan kami semua walaupun lokasi kami menginap berada dalam keadaan terkawal.”

    “Dia punya tahap risau itu sampai setiap lokasi yang kami kunjungi dia sudah tentukan di mana tempat kami akan berlindung jika berlaku gempa bumi.”

    “Tapi Alhamdulillah sepanjang bercuti di sana, tiada sebarang amaran yang kami terima,” katanya.

    Menurut Awal, ini adalah pengalaman kali pertama mereka berdepan insiden itu selepas beberapa kali bercuti di negara berkenaan.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts