Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPertama Kali Nak Jadi Ibu? Jangan Gelabah & Cuba Ikut Tips Pantang...

    Pertama Kali Nak Jadi Ibu? Jangan Gelabah & Cuba Ikut Tips Pantang Dr. Amalina Yang Ini…

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Setiap wanita yang pertama kali menjadi ibu pasti teruja dan menikmati setiap saat manis selama mengandung.

    Di sebalik kegembiraan menghitung hari kelahiran bayi, ada ibu yang merasa gelisah. Keprihatinan tentang proses pantang dan bagaimana menjaga anak membuatnya terfikir.

    Jangan terlalu gelabah, berikut adalah beberapa tips pantang oleh Dr. Amalina…

    Pastikan makan makanan sihat & seimbang

    Penting untuk mengambil makanan sihat dan seimbang sebelum, semasa atau selepas bersalin. Perbanyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan serta kurangkan garam, gula, dan minyak dalam makanan. Makan secara bersederhana untuk menjaga berat badan ideal.

    Foto – Eating Well

    Yang paling penting, mula makan secara bersederhana untuk kekalkan berat badan ideal dan elak daripada berat badan naik dengan mendadak. Barulah senang nak capai berat badan idaman ketika berpantang.

    Minum air dengan cukup

    Pastikan minum air kosong sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari dan kurangkan minum air manis seperti milo dan air bergas.

    Kerap lakukan senaman ringan

    Jika bersalin secara normal, boleh lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki, senaman kegel, dan senaman perut. Ingat untuk berhenti jika ada pendarahan yang teruk atau warna berubah. Bagi senaman berimpak tinggi, tunggu 6 minggu selepas bersalin.

    Kurangkan beraktiviti seperti biasa

    Berhenti aktiviti harian, banyakkan berehat, dan pakai compression TED stocking untuk elak pembentukan darah beku.

    Wajib jaga bahagian intim (perineum)

    Basuh dengan air dari depan hingga belakang, pastikan kering. Menukar pad bersalin setiap 3-4 jam. Untuk ibu yang bersalin C-section, jaga luka, pakai pakaian longgar dan seluar dalam jenis kapas, serta ambil ubat jika perlu.

    “Jaga kebersihan dan mandi setiap hari. Ambil laxatives jika perlu untuk elak sembelit.”

    Beri perhatian lebih pada kesihatan mental

    Foto – @dramalinabakri (IG)

    Nikmati perubahan sebagai seorang ibu, dapatkan sokongan dari keluarga untuk jaga kesihatan mental semasa berpantang. Selamat berpantang!

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts