Berikutan bantahan orang ramai, pertandingan pakaian beragam janda-janda di Temerloh, Pahang akhirnya dibatalkan.
Bantahan orang ramai
Menerusi laporan Buletin TV3, acara yang dijadualkan berlangsung pada 21 April itu perlu dibatalkan segera. Menurut penganjur program itu yang dikenali sebagai Uncle John, penganjurannya dibatalkan selepas mendapat bantahan daripada beberapa pihak termasuk pemimpin politik sebaik poster program itu viral di media sosial, semalam.
Pada mulanya, program itu diadakan sekadar suka-suka sahaja dan hanya membabitkan kumpulan karaoke kami bagi memeriahkan majlis rumah terbuka Aidilfitri nanti.
Bagaimanapun, poster itu mula tersebar secara meluas di media sosial sehingga ke peringkat pihak berkuasa yang kemudian menghubungi saya supaya membatalkan program berkenaan.
Terdahulu, poster itu memaparkan syarat penyertaan pertandingan tersebut dan ia dibuka kepada wanita berusia 20 tahun ke atas secara percuma dan ‘walk-in’.
Difahamkan jamuan raya turut disediakan dan keputusan oleh juri adalah muktamad dengan hadiah ditaja oleh Uncle John serta seorang lagi penaja dikenali sebagai Mama Zana.
Sementara itu, Exco Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad dipetik berkata, perkara itu di luar pengetahuannya. Menurutnya, program itu tidak wajar sama sekali dilaksanakan di Negeri itu.
Bantah (pertandingan beragam). Bukan di kawasan saya (Kerdau). Tidak pernah ada kelulusan sedemikian. Sebab itu penganjur tak tanya saya, memang tidak akan setuju. Benda ni memang tak wajar.