Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPertanian Nadi Keterjaminan Makanan Negara: Ayuh Bantu Kerajaan Salurkan Maklumat Tepat

    Pertanian Nadi Keterjaminan Makanan Negara: Ayuh Bantu Kerajaan Salurkan Maklumat Tepat

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sebut je banci mesti ramai akan ingat dengan banci penduduk kan? Sebenarnya, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bukan sahaja menjalankan banci penduduk malah banci ain pun turut dijalankan tau.

    Pada tahun ini, selepas 19 tahun sejak kali terakhir dijalankan pada tahun 2005, pihak DOSM sedang menjalankan banci pertanian 2024. Ayuh ketahui lebih lanjut mengenai banci pertanian yang bakal dijalankan!

    Banci pertanian 2024

    Banci pertanian yang dijalankan pada kali ini memfokuskan kepada empat subsektor iaitu tanaman, ternakan, perikanan dan perhutanan & pembalakan.

    Tujuan banci pertanian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengumpul data yang komprehensif dan terkini mengenai status serta perkembangan sektor pertanian Malaysia.

    Berbaju biru, YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia merangkap Pesuruhjaya Banci Pertanian 2024

    Data yang diperoleh akan digunakan untuk merancang dasar, strategi dan intervensi yang lebih efektif dalam meningkatkan daya saing serta keberdayaan sektor pertanian negara.

    Banci pertanian 2024 ini sudahpun berjalan sejak Julai lalu dan bakal dilangsungkan ke seluruh Negeri dalam negara sehingga Oktober ini.

    Banci pertanian subsektor tanaman

    Menerusi banci pertanian bagi subsektor tanaman, bukan tanaman makanan sahaja yang dibanci, malah tanaman komoditi seperti kelapa sawit, getah, lada hitam dan tanaman-tanaman komoditi lain akan turut dibanci.

    Seperti ramai sedia maklum, sektor pertanian memainkan peranan penting dalam sektor ekonomi negara.

    Sehubungan dengan itu, data-data melibatkan demografi, keluasan tanaman, hasil pengeluaran tanaman, corak tanaman dan teknogi serta inovasi antara yang diperlukan pihak DOSM.

    Cabaran dan masalah para petani bakal dikumpulkan

    Sudah tentunya setiap para petani mempunyai cabaran tersendiri dalam mengusahakan hasil tanaman.

    ALSO READ:  Dapatkan Menu Baharu KyoChon ‘Boneless Chicken Series’ Sekarang!

    Oleh yang demikian, pengumpulan data daripada DOSM ini secara tidak langsung menjadi platform buat petani untuk berkongsi cabaran yang dilalui agar dapat diketahui pihak kerajaan.

    Oh ya, soal privasi, para privasi tidak perlu risau kerana setiap data yang dikumpulkan adalah sulit dan terpelihara.

    Kerjasama daripada anda amatlah dihargai

    Banci pertanian 2024 mulai dijalankan sejak dari bulan Julai lalu dan bakal berlangsung sehingga Oktober ini meliputi setiap Negeri dalam negara.

    Oleh yang demikian, pihak kerajaan menyeru para pengusaha atau mereka yang terlibat dalam sektor pertanian agar memberi kerjasama dan maklumbalas agar kerja-kerja banci pertanian dapat dijalankan dengan lancar.

    Oh ya, soal data yang dikumpul, para pengusaha tidak perlu risau kerana data-data ini adalah sulit dan terpelihara.

    Kerjasama para pengusaha pastinya dapat membantu pihak kerajaan dalam merangka polisi yang lebih baik dan memastikan subsektor ternakan kita terus maju!

    Ketahui lebih lanjut mengenai Banci Pertanian dengan layari laman web rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) penuh dengan data interaktif dengan klik di SINI.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts