Pada 6 Mac Yang Lalu, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan iaitu Shopee telah melancarkan pertunjukan fesyen #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita di Shopee Live, untuk memberikan inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bergaya dan membeli lokal. Dengan tema Tarakucha Retro’, Shopee bekerjasama dengan penjual, selebriti, dan pempengaruh untuk menggayakan rakyat Malaysia dengan tiga trend Raya 2024 iaitu kek lapis, jingga gelap, dan nostalgia dengan ‘twist’.
“Pertunjukan fesyen ini adalah warkah cinta buat zaman keemasan P. Ramlee dan Saloma., kata Ketua Pemasaran Shopee, Kenneth Soh. “Fesyen dan kecantikan di Shopee adalah sesuai buat semua dan inklusif untuk seluruh rakyat Malaysia untuk beraya, kunjung-mengunjung di Hari Raya, dan meraikan Raya dengan yang tersayang di seluruh negara secara bermaruah. Dengan Raya Stail Kita, rakyat Malaysia boleh bergaya dan menyokong penjual tempatan.”
Tidak seperti pertunjukan fesyen yang lain, #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita memperlahankan catwalk’ model untuk mengajar penonton di seluruh negara bagaimana busana berlainan boleh digayakan dari pelbagai jenama untuk gaya sedondon bersama seluruh keluarga.
Sepuluh penjual fesyen muslim Shopee iaitu Asikin Ahmad, Liyana Collection, Adnaa, Indah Pesona, Hernes, Inhanna, Zoe Arissa, Panda Eyes, Bayu Somerset, dan Mikaseries by Zoey Rahman. Habib Jewels juga turut melengkapkan gaya di atas runway dengan menaja barang kemas dan aksesori.
Jenama kecantikan dan penjagaan kulit yang turut menaja pertunjukan fesyen ini termasuk Y.O.U, Simply Siti, Silky Girl, Papa Feel, Mikaseries, lemooc, Emina, Dazzle Me, Barren Bliss, Alha Alfa, dan AISASEA.
“Model ‘body positive’ Hikma Al Hassan mengetuai peragaan #ShopeeRaiLokal Raya Stail Kita yang mempamerkan gaya inklusif dan mampu milik yang dipilih khas berdasarkan bagaimana rakyat Malaysia membeli-belah Baju Raya mereka secara dalam talian.”
Dengan gaya pertama, Kek Lapis, Shopee mengajak rakyat Malaysia untuk bereksperimen dengan lapisan warna, corak, dan tekstur. Seperti yang dipopularkan oleh Intan Najuwa di majlis perkahwinannya, Shopee kemudian membawakan pelbagai cara untuk menggayakan warna Jingga Gelap pada bulan Raya ini buat lelaki dan wanita yang memiliki apa jua tona warna kulit. Gaya terakhir, Nostalgia Balik Kampung menyaksikan tapestri gaya tradisional dan retro yang intim dengan setiap rakyat Malaysia.