Azhar bin Sulaiman adalah seorang pelakon, hos, arkitek, dan pereka di Malaysia. Azhar Sulaiman mendapat pendidikan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Newcastle upon Tyne di United Kingdom dalam dan Ijazah Sarjana Muda Seni Bina.
Azhar Sulaiman telah memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 1989 dan serentak bekerja semasa dia masih menuntut di ITM Manjung. Kemudian Azhar Sulaiman menyertai Hero Remaja 1990/1991 dan menduduki tempat ketiga sekaligus menjadikan dia dikenali ramai.
“Netizen Setuju Pesanan Tersebut Untuk Anak-Anak”
Baru-baru ini, satu gambar beserta kapsyen yang dimuat naik di laman media sosial Instagram milik Azhar Sulaiman telah mendapat perhatian ramai. Gambar tersebut telah diberi jumlah tanda suka sebanyak 2,897 dan hampir 100 komen.
Di dalam gambar tersebut, Azhar Sulaiman membuat pesanan kepada anak-anaknya mengenai pemilihan pasangan hidup.
“Buat semua anak-anak saya, setiap kali raya atau perayaan lain, lebuhraya mesti sangat sesak. Oleh itu, carilah pasangan kelak yang ibu bapa mereka tinggal di Kuala Lumpur sahaja” – kata Azhar Sulaiman
“Tapi jika mereka berkahwin dengan mana-mana anak sultan, tak mengapa. Kebetulan, pihak istana akan menyediakan pengangkutan. Hihihi” – tambah Azhar Sulaiman
View this post on Instagram
Gambar beserta kapsyen tersebut telah menarik