Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPesilat Terengganu dalam SUKMA Meninggal Dunia Selepas Terkena Tendangan semasa Pertandingan

    Pesilat Terengganu dalam SUKMA Meninggal Dunia Selepas Terkena Tendangan semasa Pertandingan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Atlet Silat Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu yang dikenali sebagai Wan Muhammad Haikal Wan Hussin disahkan meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai satu pertandingan yang diadakan di Dewan Komuniti Taman Coral Height, Seremban pada Sabtu.

    Rebah terkena tendangan

    Memetik laporan Berita Harian, kakak sulung kepada Allahyarham Muhammad Haikal iaitu Wan Nor Haslinda memaklumkan keluarganya diberitahu mengenai kejadian tersebut pada jam 5.30 petang.

    Difahamkan, adiknya rebah sebelum tidak sedarkan diri selepas terkena tendangan daripada pihak lawannya.

    Jurulatih hubungi bapa dan maklumkan yang arwah terpaksa dikejarkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri selepas terkena tendangan pihak lawan.

    Tapi saya tidak tahu lebih lanjut bagaimana kejadian itu berlaku dan kira-kira jam 2.30 pagi, kami dimaklumkan yang dia sudah meninggal dunia. Waktu tepatnya saya tak pasti.

    Tambah Nor Haslina, kedua ibu bapa serta adiknya kini berada di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk menunggu proses bedah siasat selesai dan melakukan urusan menuntut jenazah.

    Dalam pada itu,  jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Seremban menjelaskan bahawa mangsa sudah tidak sedarkan diri selama 20 minit di lokasi dan diberikan rawatan diberikan rawatan resusitasi kardiopulmonari (CPR).

    Sebaik kami tiba, pasukan mengambil alih pesakit serta merta, terus mengaktifkan AED serta alat bantuan pernafasan BVM dan oksigen kepada pesakit itu.

    Selepas memberi satu renjatan melalui AED pesakit terus dibawa ke HTJ untuk rawatan susulan dan dalam masa yang sama CPR masih lagi diteruskan sehingga tiba di hospital.

    Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.20 pagi ketika menerima rawatan di HTJ.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Adira Suhaimi Beli Emas Sebagai Bantuan Kecemasan Waktu Susah – ‘Kedai Gadai Hari-Hari Buka’
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts