Tahu tak korang? Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024 tengah happening sekarang sampai 22 September ni, dan yang bestnya, masuk adalah percuma untuk semua!
Pameran pertanian terbesar di Asia Tenggara ni sambut ulang tahun ke-100 dan ia dianjurkan di MAEPS, Serdang.
Dengan tema ‘Harvesting Tomorrow Where Dreams Blossom’, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ingin fokuskan pada inovasi untuk selesaikan cabaran global dan pastikan keterjaminan makanan negara.
Di sini, banyak benda menarik korang boleh tengok, dari inovasi agromakanan terbaru sampai aktiviti family-friendly. Fuhh, gempak kan?
6 zon menarik untuk diterokai
Di MAHA 2024, terdapat enam zon menarik yang boleh korang terokai! Zone 1 adalah Kawasan Selamat Datang & Premier, tempat pertama yang akan menyambut kedatangan korang.
Zone 2 menampilkan Gaya Hidup Agro yang penuh inspirasi, manakala Zone 3 ialah Pavilion Negeri yang mempersembahkan keunikan setiap Negeri.
Untuk pengalaman yang lebih menyeronokkan, kunjungi Zone 4 yang menampilkan Malam Magikal & Aktiviti Air.
Zone 5 pula ialah Taman Pertanian yang menyajikan pemandangan indah pertanian, dan akhirnya, di Zone 6, korang boleh melawat Taman Selamat Datang, Veterinar & Taman Kejuruteraan Agro.
Mesti korang rasa banyaknya zon nak terokai. Tak perlu bimbang! Setibanya di MAEPS Serdang korang boleh bergerak antara zon dengan mudah.
Kenapa? Sebab ada tram, bas, buggy, dan kenderaan elektrik disediakan khas untuk pengunjung. Memang senang nak explore seluruh kawasan!
Pelbagai aktiviti menarik untuk setiap pengunjung yang pasti menyeronokkan
Salah satu acara yang tak boleh dilepaskan ialah Magical at Night dan 3D Water Show. Bayangkan suasana penuh magik dengan visual yang menakjubkan, pasti korang akan terpesona dengan keindahan pertunjukan ini.
Bukan itu sahaja, pameran ini juga menampilkan pelbagai laman menarik yang direka khas untuk memberi pengalaman langsung dalam industri pertanian.
Dari haiwan ternakan tempatan, hingga pertanian moden dan agroteknologi, korang akan dapat merasai sendiri bagaimana industri ini berfungsi.
Segmen Teknologi dan Inovasi pula menampilkan teknologi pertanian pintar, penggunaan data besar dan automasi yang sedang mengubah landskap pertanian di seluruh dunia. Ini adalah peluang terbaik untuk korang memahami bagaimana teknologi terkini membantu meningkatkan keterjaminan makanan negara.
Bagi korang yang datang bersama keluarga, Kid Attraction juga tersedia dengan pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak. Mereka bukan sahaja akan belajar tentang alam semula jadi dan pertanian tapi juga akan terhibur dengan permainan dan aktiviti interaktif yang direka khas untuk mereka.
Karakter kartun terkenal turut hadir untuk menceriakan suasana, menjadikan lawatan ini lebih seronok bagi golongan muda. Buat mereka yang suka bergambar, MAHA 2024 juga menyediakan pelbagai spot IG-worthy.
Setiap sudut direka untuk memastikan korang dapat tangkap gambar yang sempurna, jadi pastikan kamera sentiasa di tangan!
Selain itu, ada juga permainan interaktif yang mencabar dan menyeronokkan untuk korang cuba bersama keluarga dan rakan-rakan.
Dan kalau korang rasa lapar selepas pusing satu pameran, jangan risau! Ada Food Truck Park yang penuh dengan pilihan makanan.
Jadi, korang boleh singgah untuk isi perut dan rehat sekejap sambil menikmati hidangan daripada pelbagai food truck yang ada.
Dengan semua yang ditawarkan, tak kira tua atau muda, MAHA 2024 memang ada sesuatu untuk semua orang. Jadi, jangan lepaskan peluang ini!
Datanglah beramai-ramai ke MAEPS, Serdang, dan nikmati pengalaman yang penuh ilmu, inovasi, dan keseronokan. Jumpa di sana!