Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPetua Kecantikan Orang Dulu Yang Popular, No.2 Paling Ramai Buat Sampai Sekarang!

    Petua Kecantikan Orang Dulu Yang Popular, No.2 Paling Ramai Buat Sampai Sekarang!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Percayalah, walaupun sekarang ini ada banyak trik dan tips moden untuk menjaga kecantikan, petua orang dulu-dulu juga yang ramai ikuti. Bukan apa, petua kecantikan orang dulu sangat mudah dilakukan dan yang paling penting berkesan pada setiap jenis kulit.

    • Hilangkan Parut 

    Foto – Pinterest

    Pertama sekali, ambil daun lidah buaya dan cuci sehingga bersih. Kemudian, keluarkan isi yang berbentuk gel dan lendir itu ke dalam mangkuk. Hancurkan isinya dan campur dengan baby oil. Akhir sekali sapu setiap hari di bahagian parut.

    • Elak Jerawat 

    Orang dulu kalau nak elak daripada wajah naik jerawat, mereka akan menggunakan air basuhan beras. Penting untuk kamu tahu, air basuhan beras yang pertama sahaja yang digunakan.

    Foto – Pinterest

    Caranya:

    1. Ketepikan air basuhan beras yang pertama ke dalam mangkuk bersih dan biarkan sementara.
    2. Selepas beberapa ketika, kamu akan dapati air tersebut terbahagi kepada dua iaitu mendapan kanji dan air jernih di atas.
    3. Buang air jernih dan simpan mendapan kanji.
    4. Mendapan kanji tersebut disapukan ke seluruh wajah setiap pagi sebelum cuci wajah.
    • Tegangkan Kulit Wajah 

    1. Ambil segenggam nasi dan kisar dengan sedikit air. Pastikan kisaran jadi pekat ye.
    2. Kemudian tambah telur ke dalamnya dan kisar sehingga rata.
    3. Akhir sekali sapu rata di wajah macam mask. Buat seminggu sekali.
    • Kulit Wajah Putih Kemerahan

    Ramai wanita inginkan kulit yang putih dan ada juga putih kemerahan secara semula jadi. Caranya mudah sahaja, kamu perlu lakukan:

    Foto – Pinterest
    1.  Ambil 1/2 cawan beras pulut dan rendam semalam.
    2. Esoknya ambil rendaman beras pulut dan kisar halus.
    3. Kemudian sapu di wajah sebanyak 2 kali seminggu.

    Selamat mencuba!

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts