Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPierre Andre ‘Hilang’ 10 Tahun Fokus Pada Perniagaan, Sukar Berjauhan Dengan Anak-Anak

    Pierre Andre ‘Hilang’ 10 Tahun Fokus Pada Perniagaan, Sukar Berjauhan Dengan Anak-Anak

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon dan pengarah, Pierre Andre semakin terbiasa menjalani kehidupan seperti orang lain selepas 10 tahun menyepi dari industri seni.

    Artikel berkaitan: Piere Andre Dedah Sudah 10 Tahun Tiada Telefon Bimbit & Media Sosial – ‘Rasa Bebas, Phone Bagi Saya Tekanan’

    Artikel berkaitan: Video: Majlis Pernikahan Pierre Andre & Yaya

    Berniaga dengan isteri

    Menurut Pierre atau nama sebenarnya Mohd Pierre Andre Nazarul Andre, 39, selama ‘menghilang’ dia banyak memberi tumpuan kepada perniagaan pakaian dan membesarkan dua orang cahaya mata.

    Dari seorang yang tahu tentang filem, saya berubah mengenali kain. Saya dan isteri ada perniagaan menjual pakaian dan saya juga ada saluran Youtube sendiri. Jadi itulah yang saya lakukan sepanjang 10 tahun ini.

    Semakin lama lebih selesa hidup secara normal. Apabila keluar pun tidak ramai yang kenal. Itu juga antara sebab saya tidak mahu kembali dalam industri.

    Saya memang pernah terfikir tidak akan kembali lagi tapi selepas ini insya-Allah tak hilang lagi.

    Pierre ditemui semasa majlis tayangan trailer dan OST filem terbaharu lakonannya berjudul Jangan Pandang Belakang 2 yang diadakan di GSC Starling Mall, Petaling Jaya, semalam.

    Dalam pada itu, Pierre memaklumkan dia tidak mempunyai telefon bimbit untuk dihubungi malah tidak berada di mana-mana platform media sosial.

    Katanya, dia lebih tenang dan kurang merasakan tekanan tanpa penggunakan telefon.

    Saya dah lama tak pakai telefon. Dulu saya pernah merajuk tak balik rumah, nak berhubung dengan keluarga saya terpaksa guna telefon awam di tepi jalan.

    Isteri saya adalah pengurus saya. Urusan kerja dan keluarga pun akan berhubung melalui dia.

    Kalau nak tengok isu-isu semasa, saya akan tengok daripada isteri telefon juga. Saya ambil tahu perkembangan cuma saya tak meletakkan diri di media sosial. Saya suka merendah diri je.

    Mengulas tentang filem Jangan Pandang Belakang 2, cabaran terbesar Pierre adalah terpaksa berjauhan dengan dua orang cahaya matanya.

    Kesukaran di set rasanya tiada masalah cuma terpaksa berjauhan dengan anak-anak tu beri sedikit tekanan. Saya rapat dengan anak-anak sejak mereka lahir. Rasa pelik apabila berjauhan.

    Untuk rekod, Pierre mendirikan rumah tangga dengan Siti Nur Hidayah Hashim pada Jun 2013 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aishah Andre, 8, dan Zehra Andre yang kini berusia 2 tahun.

    ALSO READ:  Isteri Kedua Abang Tesla Kongsi Lauk Berpantang Hari Ketujuh, Ada Sup Sayur & Ikan Goreng

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts