Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Pihak Juri Sebenarnya Sudah Mempunyai Pilihan Juara”- Ini Ramalan Siti Nurhaliza Untuk...

    “Pihak Juri Sebenarnya Sudah Mempunyai Pilihan Juara”- Ini Ramalan Siti Nurhaliza Untuk AJL38

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Hari menghitung hari, debaran AJL 38 kini sudah sampai kemuncaknya. 12 lagu bakal menggegarkan Axiata Arena Bukit Jalil pada malam ini.

    12 Lagu Bakal Berentap

    via Tonton

    Sebanyak 12 lagu yang layak ke pentas AJL38 termasuk Sutera (Aisha Retno), Astana (Ernie Zakri), Darah (Marsha Milan), Kalam (Shiha Zikir), Bintang (Hael Husaini), Jangan Mati Rasa Itu (Aina Abdul) dan Santai (Naqiu).

    Turut bertanding adalah lagu Inilah Jalannya (Kugiran Masdo), Hasrat (Amir Jahari), Kucuma (Wany Hasrita & Afieq Shazwan), Waktu (Ziana Zain & Hasif Upin) dan Selagi Ku Ada (Khai Bahar & Nabila Razali).

    Ramalan Dari Rakan Selebriti

    Dalam pada itu, pelbagai ramalan dari rakan selebriti juga turut menjadi perhatian netizen. Salah seorang daripadanya adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza.

    Menurut satu perkongsian vidio yang dimuat naik dari Instagram Astro Gempak, Siti Nurhaliza meramalkan AJL38 bakal didominasi oleh lagu nyanyian Aisha Retno iaitu Sutera, Aina Abdul (Jangan Mati Rasa Itu) dan Ernie Zakri (Astana).

    Penjurian ini berbeza-beza tapi mengikut penilaian saya secara peribadi merasakan Aisha, Aina dan lagu nyanyian Ernie ada potensi (bergelar juara).

    Namun saya rasa Masdo juga bakal membuat kejutan menerusi lagu yang dipertaruhkan.

    Pihak Juri Sudah Mempunyai Pilihan Juara

    via Scoop

    Kata Siti, pihak juri sebenarnya sudah mempunyai pilihan juara dan hanya menambah markah penjurian menerusi
    persembahan secara langsung.

    Sebenarnya saya kena menonton dulu persembahan pada pentas AJL38 nanti. Tapi biasanya juri sudah memilih terlebih dahulu memandangkan saya pernah menjadi juri.

    Cuma sewaktu acara siaran langsung juri akan membuat penilaian berdasarkan persembahan juga.

    Siti bagaimanapun memberitahu dia lebih senang untuk menonton persembahan peserta terlebih dahulu sebelum memilih calon juara.

    ALSO READ:  Selebriti Malaysia Yang Memakai Baju Raya Berwarna ‘Orange Brick’, Raih Perhatian-“Semua Segak!”

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts