Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, December 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPihak Surau Didakwa Tahan Jenazah Hampir 24 Jam, Menteri Hal Ehwal Agama...

    Pihak Surau Didakwa Tahan Jenazah Hampir 24 Jam, Menteri Hal Ehwal Agama Arah JAWI Jalankan Siasatan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar telah mengarahkan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah, JAWI untuk melakukan siasatan terhadap sebuah surau yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

    Arah buat siasatan

    Arahan itu dikeluarkan Mohd Na’im menerusi satu hantaran di Facebook selepas pihaknya mendapat laporan mengenai surau berkenaan yang didakwa telah menahan jenazah selama hampir 24 jam.

    Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengambil perhatian dengan aduan awam berkaitan isu pengurusan jenazah di salah sebuah surau di Kuala Lumpur.

    Pihak JAWI telah diarah untuk membuat siasatan serta mengambil tindakan dengan segera.

    Surau didakwa tahan jenazah 24 jam

    Terdahulu, Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) yang dikenali sebagai Mr Wan Cai memuat naik satu hantaran Facebook mendakwa sebuah surau yang terletak di Balai Islam Pekeliling, Jalan Tun Razak telah menahan jenazah wanita selama hampir 24 jam.

    Difahamkan, allahyarham merupakan seorang mualaf yang berstatus asnaf serta si suami merupakan orang kelainan upaya (OKU).

    Walau bagaimanapun, ahli jawatankuasa suara tersebut menafikan dakwaan tersebut dan memaklumkan mereka bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak JAWI.

    Tuduhan bahawa Surau Balai Islam terlibat dalam manipulasi atau mengenakan caj tinggi terhadap pengurusan jenazah adalah tidak benar sama sekali.

    Pihak surau tidak pernah bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mengambil kesempatan ke atas waris jenazah.

    Pihak surau bersedia bekerjasama sepenuhnya dengan pihak JAWI untuk memastikan isu ini disiasat secara telus.

    Kami juga akan mengemukakan bukti yang menunjukkan surau ini tidak pernah terlibat dalam apa-apa tindakan yang bertentangan dengan prinsip agama atau undang-undang.

    ALSO READ:  Nyala Fest 2024 Gabung Artis Malaysia & Indonesia Sepentas, Bakal Gegarkan Stadium Hoki Bukit Jalil 30 November Ini


    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts