Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 13, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPinn Yang Ingin Terus Promosikan Barangan Lokal di TikTok Shop, Impi Kolaborasi...

    Pinn Yang Ingin Terus Promosikan Barangan Lokal di TikTok Shop, Impi Kolaborasi Bersama Khairul Aming!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pinn YangPinn Yang

    Siapa tak kenal figura yang selalu interview orang di jalan dan selalu beri hadiah secara random ni kan? Admin rasa, rata-rata rakyat Malaysia selalu sangat berharap akan ditemu ramah oleh figura ni kalau mereka berada di luar.

    Siapa lagi kalau bukan Pinn Yang! Pemenang ‘TikTok Shop Creator of the Year‘ untuk tahun 2024!

    Jom baca dengan lanjut sedikit sebanyak mengenai kemenangan beliau serta apa plan beliau lepas ni.

    “Dulu tolong ayah dekat pasar, sekarang ayah pula support saya di TikTok Shop”

    Menurut Pinn Yang, beliau rasa bersyukur dan juga happy sangat apabila menerima award tersebut.

    Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua followers yang tolong support Pinn Yang. Ha kalau bukan sebab korang yang tolong like, komen, share, repost dan save video-video Pinn Yang ni, mungkin Pinn Yang tak berada di sini betul tak?

    Orang Malaysia ni kalau benda elok memang kita support habis-habisan!

    Kalau korang nak tahu, dulu Pinn Yang ni selalu jual barang dengan ayah beliau dekat pasar tau, ha sekarang ni, giliran ayah beliau pula yang support Pinn Yang dekat TikTok Shop Live. 

    Mesti followers-followers Pinn Yang pernah nampak ayah Pinn Yang dalam TikTok LIVE atau dalam komen kan?

    Berjaya menjual lebih 200 barangan Habib melalui TikTok Shop dalam 3 jam!

    Memang hebat lah Pinn Yang ni guys, kalau korang nak tahu, beliau berjaya menjual Habib 1 Dinar 4.25gm sebanyak 235 pembelian hanya dalam 3 jam je!! Wow!

    Bukan itu sahaja, beliau juga berjaya mendapat gelaran Super Creator! 

    Kalau korang nak tahu, Hari Super Creator ni adalah inisiatif TikTok Shop yang telah dilancarkan sejak awal tahun ini, untuk mempertingkatkan penjualan barangan tempatan dan memperkasakan creator-creator ni

    ALSO READ:  JAECOO SUV Segmen C Masih Mendapat Perhatian dengan Kemampuan Lasak yang Mengagumkan!

    Di sebabkan 90% daripada produk-produk yang beliau jual tu merupakan produk tempatan,ia secara tidak langsung membuatkan ramai pembeli menyokong jenama tempatan juga! Daripada orang tak tahu yang tu produk tempatan, terus tahu. 

    Korang agak-agak, apa plan Pinn Yang lepas ni?

    Apabila ditanyakan apa plan seterusnya untuk Pinn Yang, beliau memberitahu yang beliau akan teruskan promosikan jenama-jenama tempatan!

    Bukan itu sahaja, beliau juga plan nak bina studio dan invite jenama-jenama tempatan untuk adakan sesi live di situ. Haa bestnya kan? Dengar pun dah teruja!

    Kalau korang nak tahu, lepas menang award ni makin banyak yang follow Pinn Yang yang membuatkan sales pun naik. Disebabkan Pinn Yang promosikan barangan Malaysia lah ramai yang follow, semua nak support barangan tempatan!

    “Saya juga ingin terus belajar daripada para usahawan lain and harap-harap boleh kolaborasi dengan Khairul Aming satu hari nanti”.

    Ha, ehem-ehem, Khairul Aming, apa lagi tuuu?

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,261FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts