Berita baik untuk korang terutama sekali kaki streaming, gaming, dan pengguna tegar media sosial! Unifi Mobile baru-baru ni buat kejutan dengan tawaran luar biasa!
Korang boleh dapat 200GB data 5G dengan harga RM1. Tak tipu tau!
Khas untuk para pengguna UNI5G Postpaid 39, korang dapat menikmati kuota data 5G sebesar 200GB hanya dengan tambahan RM1 sebulan!
Dengan penawaran ini, korang dapat menikmati total 230GB data 5G dan 4G setiap bulan serta panggilan tanpa had sedia ada. Wow, memang power!
Pelan yang penuhi keperluan pengguna
Menurut Jasmine Lee, Ketua Pegawai Komersial Unifi, Segmen Pengguna, pihaknya teruja untuk memperkenalkan Pas Data 5G Bulanan 200GB ini bagi meningkatkan pengalaman mudah alih pelanggan dengan nilai yang tidak tertanding.
“Memahami peningkatan kos sara hidup, pelan ini direka untuk memenuhi keperluan pengguna pascabayar pertama kali dan profesional muda yang bergantung sepenuhnya kepada sambungan mudah alih untuk rumah, kerja, dan hiburan, membolehkan mereka menggunakan sepenuhnya keupayaan 5G dalam kehidupan seharian mereka,” katanya.
Selain tawaran ini, Unifi Mobile turut melancarkan siri Sembang Seringgit di platform media sosial mereka yang akan menampilkan KOL membincangkan keseimbangan kehidupan bekerja dan juga petua belanjawan.
Tambah Jasmine, pihaknya juga akan membawa Seringgit Challenge di mana trak Unifi Mobile akan melawat komuniti setempat sambil menawarkan aktiviti yang menyeronokkan dan hadiah-hadiah yang istimewa.
Nikmati kuota data besar dengan harga jimat
Pelanggan Unifi Mobile baharu dan sedia ada boleh melanggan tawaran ini melalui aplikasi Unifi Mobile.
Difahamkan, tambahan data ini akan diperbaharui secara automatik setiap bulan, jadi pengguna tidak perlu risau dengan adanya akses data yang berterusan ini.
Dengan tawaran 200GB data 5G hanya RM1 sebulan, Unifi Mobile memang memahami keperluan pelanggan. Jadi, tunggu apa lagi?