Pagi tadi, pelakon sensasi Ruhainies akhirnya bersuara berhubung konflik yang sedang hangat diperkatakan membabitkan dirinya dengan aktres Bella Astillah.
Bukan itu sahaja, Ruhainies dengan rendah diri kepada Bella dan bersedia untuk bersua muka bagi menjernihkan segala masalah yang berlaku antara mereka.
Jangan jumpa!
Berikutan daripada itu, rata-rata netizen menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh Ruhainies. Ujar netizen, aktres tersebut sudah terlambat kerana segala rahsianya didakwa sudah terbongkar di media sosial.
Lebih mencuri tumpuan, ada segelintir netizen memberi nasihat kepada Bella agar lebih tegas kali ini dan tidak menerima permohonan maaf yang dilakukan oleh Ruhainies itu.
Di samping itu, netizen turut memberi kata-kata semangat buat Bella agar fokus terhadap kerjaya dan anak-anak.