Foto: Sekadar gambar hiasan
Di Johor, pihak polis telah menahan seorang penjawat awam bagi membantu siasatan mengasari isterinya secara seksual.
Kandungan gugur
Foto: Sekadar gambar hiasan
Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Sohaimi Ishak, pihaknya mengesan beberapa keping gambar tangkap layar perbualan ‘Whatsapp’ yang dimuat naik pemilik akaun sebuah media sosial, X, semalam.
Ujar Sohaimi, semakan mendapati hantaran itu mempunyai kaitan dengan siasatan berkait laporan polis bertarikh 11 Januari 2024 yang dilakukan oleh seorang wanita.
Dalam kejadian itu, wanita terbabit mendakwa dipukul dan dikasari secara seksual oleh suaminya pada kira-kira 11 malam Ogos 2023 di kawasan Taman Scientex, Pasir Gudang.
Susulan laporan diterima, suspek yang juga suami wanita berkenaan berusia 29 tahun sudah ditahan pada 13 Januari lalu sebelum direman selama tujuh hari.
Suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman tapat sementara menunggu arahan lanjut daripada Timbalan Pendakwa Raya berhubung siasatan berkenaan.
Tambah Sohaimi, lelaki terbabit disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh dua puluh tahun jika disabit kesalahan.
Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan dan menimbulkan salah faham di kalangan masyarakat.
Terdahulu, seorang wanita mendakwa dikasari oleh suaminya yang bertugas sebagai guru sehingga menyebabkan dirinya mengalami keguguran kandungan.