Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPontianak 200KG Sambung Legasi Pontianak Malaysia Selepas 20 Tahun!

    Pontianak 200KG Sambung Legasi Pontianak Malaysia Selepas 20 Tahun!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Selepas 20 tahun mendominasi layar perak dengan watak Maya Karin sebagai pontianak di dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam, kini tiba masanya untuk penyerahan takhta Pontianak Malaysia kepada generasi baru iaitu Pontianak 200KG!

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Maya Karin Dedah Bukan Pilihan Utama, Dua Pelakon Popular Tolak Filem Pontianak Harum Sundal Malam – ‘Seorang Tak Nak Rehearsal, Seorang Takut Hantu’ 

    Pontianak 200KG!

    Filem komedi seram berjudul Pontianak 200KG yang diarahkan oleh Suhaimi Lua ini berhasrat untuk membuang tanggapan orang ramai bahawa pontianak tidak semestinya cantik dan menakutkan namun mereka mempunyai perasaan dan ingin menyokong kepelbagaian fizikal.

    Diterajui oleh pelakon Aya Kamarudin dan Dottie memegang watak sebagai Ponti Melati dan Ponti Mewangi yang menjadi pontianak sering lapar dan lebih gemar memburu makanan berbanding membunuh manusia.

    Disebabkan itu, keadaan di kampung tersebut menjadi huru-hara gara-gara kes kecurian makanan yang semakin meningkat.

    Pontianak 200KG ini juga adalah sekuel komedi seram daripada Pontianak 100KG yang ditayangkan secara eksklusif di Tonton.

    Selain Aya dan Dottie, filem yang bakal ditayang pada September ini turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya penyanyi ikonik Ziana Zain, Ropie, Niezam Zaidi, Wanns Ahmad, Malia Baby, Shaf Naufas dan Hairul Aziz.

    Ikuti dan layari laman media sosial Primeworks Studios untuk mengikuti perkembangan filem ini di Instagram, TikTok, Facebook, X, Thread dan Youtube.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts