Nama pendakwah selebriti, Da’i Syed menjadi bualan hangat apabila dia dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.
Simpati terhadap anak dan isteri
Terbaru, menerusi pemerhatian pihak , rata-rata netizen mula membanjiri ruangan komen Da’i Syed di media sosial. Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut sebaik sahaja mendengar berita tersebut.
Bukan itu sahaja, netizen turut bersimpati terhadap isterinya, Hana Ismail, 38, yang baru melahirkan anak 16 hari lalu.
Peluk anak
Menjengah di Instagram Story, Da’i Syed dilihat memuat naik momen bersama anaknya, pada malam Khamis.
Foto tersebut menunjukkan Da’i Syed sedang membaca buku sambil memeluk anaknya.
Terdahulu, memetik laporan Harian Metro, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful menangis teresak-esak dalam kandang tertuduh selepas mendengar keputusan Hakim Norazlin Othman.
Syed Iqmal sempat memeluk isterinya, isteri, Hana Ismail, 38, yang masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak 16 hari lalu. Difahamkan, hukuman penjara itu berkuat kuasa hari ini (30 Ogos).