Gurauan seorang isteri akhirnya menjadi mimpi ngeri apabila maut di tangan suami.
Prank darah haid
Memetik laporan Thaiger, individu wanita yang dikenali sebagai Pawinee Sangkasi didakwa bergurau dengan mencalit darah haidnya ke mulut suami, Phanumart.
Difahamkan, kejadian berlaku di negara jiran iaitu kawasan sawah padi Khueang Nai, Ubon Ratchathani, Thailand.
Pasangan ini masing-masing berusia 35 tahun.
Mereka sedang duduk di sebuah pondok kecil di kawasan sawah padi Khueang Nai, Ubon Ratchathani sambil minum minuman keras.
Pawinee ketika itu sedang datang bulan dan mula bergurau dengan mencalitkan cecair haidnya pada mulut si suami.
Phanumart hilang kawalan dan mengasari Pawinee sehingga dia rebah.
Suami sempat tunggu isteri untuk sedarkan diri, namun isterinya telah pergi buat selamanya.
Berkongsi lebih lanjut, Phanumart bertindak sedemikian kerana hilang sabar dengan gurauan yang keterlaluan.
Keterangan yang mencurigakan
Walau bagaimanapun, kematian Pawinee menerima reaksi yang tidak meyakinkan daripada ahli keluarga mendiang.
Dia (Phanumart) kerap melakukan kekerasan terhadap mendiang Pawinee.
Kami pernah masuk campur demi mengelakkan daripada hal berlaku lebih teruk.
Dilaporkan, Phanumart menyerahkan diri pada balai polis selepas melakukan jenayah terhadap isterinya sendiri.