Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentProduk Menarik Anker yang Disukai oleh Peminat Gadget, Sesuai untuk Pengguna Apple...

    Produk Menarik Anker yang Disukai oleh Peminat Gadget, Sesuai untuk Pengguna Apple dan Android!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Setiap hari kita dikelilingi gajet dalam kehidupan seharian. Sekarang dah ada pelbagai jenis gajet seperti gajet komputer, komunikasi, permainan, dan sebagainya. Tanpa gajet, kita takkan dapat selesaikan tugas dengan begitu mudah!

    Pasti ramai yang tertanya-tanya, kenapa agaknya kami bercerita tentang gajet ni? Sebenarnya kami ada berita menarik untuk semua kaki gajet. Selepas dengar berita ni, kami yakin korang akan tertarik untuk memilikinya!

    Anker dah sampai Malaysia guys!

    Kaki gajet mesti tahu tentang Anker yang hebat ni kan? Jenama ni sangat popular di kalangan kaki gajet kerana memiliki pelbagai rangkaian produk aksesori gajet seperti charger, powerbank, earphone, headphone, speaker dan banyak lagi!

    Semua produk oleh Anker bukan setakat berkualiti tinggi dan mampu milik. Ramai kaki gajet yang sukakannya kerana produk-produknya boleh dipercayai dan cukup inovatif.

    Selain itu, Anker juga telah mendapat pengiktirafan sebagai Jenama Pengecasan Mudah Alih No.1 di Dunia selama tiga tahun berturut-turut sejak 2020*. Memang terbaik la!

    Paling best, sekarang Anker ni dah sampai Malaysia. Semestinya ni berita yang akan buatkan ramai kaki gajet teruja. Korang la salah seorang darinya!

    Ini antara gajet menarik oleh Anker untuk korang miliki!

    Berminat untuk memiliki gajet oleh Anker tapi tak tahu nak pilih yang mana satu? Jangan risau. Kat sini kami senaraikan gajet-gajet keluaran Anker yang cukup praktikal dengan prestasi terbaik untuk korang. Dijamin terbaik beb!

    Soundcore Aerofit Pro

    Suka bersukan sambil dengar muzik? Tak rugi jadikan Soundcore Aerofit Pro milik korang. Bersama pemacu bersaiz besar 16.2mm dengan kubah bersalut titanium, ia ditampilkan bersama pembesar suara berarah untuk mengoptimumkan kualiti bunyi.

    ALSO READ:  Video Lucah Menyebar, Aktres 22 Tahun Sedang Menikmati Liburan Dengan Kekasih Di Bali

    Ia selesa dipakai kerana diperbuat daripada bahan lembut dan mesra kulit. Dengan reka bentuk open-ear, korang masih boleh peka dengan persekitaran. Tambahan neckband boleh diselaraskan ikut keselesaan korang.

    Dilengkapi mikrofon gabungan AI yang mengurangkan gangguan angin, korang dapat jawab panggilan dengan lebih jelas. Baterinya yang tahan lama membolehkan korang dapat dengar muzik sepuasnya sepanjang hari. Fungsi Bluetooth pun ada!

    Soundcore Aerofit

    Nak open-ear headphone berpatutan tapi tetap selesa memakainya? Soundcore Aerofit tak kurang hebatnya guys. Ia didatangkan dengan tetapan pemacu berkuasa 14mm yang menawarkan bass berdebar dan audio resolusi tinggi.

    Sama seperti Soundcore Aerofit Pro, ia juga selesa dipakai disebabkan bahannya yang lembut dan tak menjejaskan kulit. Ia memiliki kawasan kapasitif untuk berasaskan sentuhan. Selesa dipakai sepanjang hari!

    Reka bentuknya yang unik dapat hilangkan kebocoran bunyi. Dengan kebocoran bunyi lebih rendah, output audio menjadi lebih bagus dan jelas didengar. Ia semestinya ada fungsi Bluetooth dan bateri tahan lama!

    Soundcore V30i

    Apa yang menarik tentang Soundcore V30i? Ini la open-ear headphone yang ringan dan selesa. Reka bentuknya takkan mengganggu telinga dengan cangkuk yang lembut dan fleksibel. Selesa dipakai sepanjang hari!

    Ia juga menampilkan diafragma bio-bahan 14.2mm yang menyemarakkan bass untuk pengalaman audio yang sentiasa mencapai rentak yang betul. Memiliki ketahanan air IPX5, ia direka dengan perlindungan yang lengkap.

    Dengan sekali pengecasan, korang boleh gunakannya sehingga 12 jam tau. Paling best, pengecasan pantas selama 10 minit memberikan 3 jam pendengaran yang mengagumkan. Fuh!

    Anker 733 Power Bank 65W

    Korang perlukan kuasa pengecasan sepanjang hari? Ini la power bank bersama pengecas 2-dalam-1 yang tepat untuk korang. Dilengkapi dengan kapasiti bateri luar biasa, Anker 733 Power Bank 65W akan pastikan korang takkan pernah kehabisan cas seharian.

    ALSO READ:  Anju Meminta Maaf dan Saya Setuju untuk Membantunya Kerana Masih Mempunyai Perasaan Kepada Dia - Khazrul Elzey

    Tak kisah la korang keluar untuk travel, shopping, rekreasi atau apa pun, power bank ni akan menemani korang sepanjang hari. Ia memiliki prestasi yang mantap dan ciri yang mengagumkan. Ramai yang dah pakai power bank ni cukup puas hati dengannya.

    Anker Prime 12,000mAh Power Bank 130W

    Buat korang yang selalu rushing semestinya memerlukan power bank yang dapat cas dengan pantas. Kami rekomen untuk korang gunakan Anker Prime 12,000mAh Power Bank 130W ni.

    Korang boleh nikmati kemudahan pengecasan pantas dua hala dengan jumlah output sehingga 130W, manakala satu port USB-C menyokong output maksimum 65W untuk pengecasan yang cekap.

    Selain itu, power bank ni dilengkapi pengecasan semula pantas 65W melalui port USB-C. Ia boleh dicas semula sepenuhnya dalam masa 45 minit je. Hebat kan?

    Bentuknya yang cukup ringkas dan mesra travel membolehkan korang mudah membawanya ke mana-mana pun. Senang la nak bawak kalau pergi bercuti nanti!

    Anker Prime 27,650mAh Power Bank 250W

    Selalu guna MacBook untuk buat kerja? Sekarang korang tak perlu bawa pengecas MacBook apabila keluar rumah. Guna je Anker Prime 27,650mAh Power Bank 250W, ini la powerbank multi-device yang canggih!

    Dikuasakan oleh teknologi PD 3.1 terkini, power bank ni dilengkapi 2 port USB-C dan 1 port USB-A untuk mengalirkan kuasa sehingga 250W. Bateri MacBook boleh jadi 50% dalam masa 28 minit je. Boleh cas smartphone korang pada masa yang sama!

    Walaupun saiz power bank ni cukup kecil seperti tin minuman, kuasanya cukup hebat. Ia boleh dicas semula pada kelajuan kilat dengan kemudahan dwi port USB-C dalam masa 37 minit je.

    Dengan kapasiti 27,650mAh, kami yakin korang puas menggunakan power bank ni. Paling syok, boleh dibawa dalam flight tau!

    ALSO READ:  Maria Farida ‘Throwback’ Gambar 27 Tahun Bersama Anak, Netizen Minta Tips Awet Muda – ‘Kalau Dia Jual Produk Kecantikan, Aku Beli’

    Wah, nampak menarik la semuanya! Tunggu apa lagi? Jom miliki produk oleh Anker sekarang. Dah masuk ke pasaran Malaysia, ini la masanya untuk korang rebut produk yang ada!

    Buat pengetahuan korang semua, korang boleh mula buat pre-order untuk gajet-gajet ni bermula 29 Februari 2024. Jangan sampai terlepas guys!

    Nak tahu lebih banyak lagi produk oleh Anker? Korang boleh dapatkannya secara online di Shopee dan Lazada. Jangan lupa like dan follow mereka di TikTok @ankermalaysia.

    The following two tabs change content below.



    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts