Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentProgram ‘Angeline Tanya Abang Jawab’ Kupas Pelbagai Topik Menarik, Didik Mualaf Tentang...

    Program ‘Angeline Tanya Abang Jawab’ Kupas Pelbagai Topik Menarik, Didik Mualaf Tentang Kefahaman Agama Islam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Stesen TV AlHijrah dengan bangganya memperkenalkan program baharu yang dinanti-nantikan ramai iaitu ‘Angeline Tanya Abang Jawab’, sebuah rancangan interaktif santai yang menggabungkan agama, hiburan dan pendidikan, serta bertujuan memberikan bimbingan kepada saudara baharu untuk mendalami asas agama Islam. 

    Pelbagai topik menarik

    Bakal disiarkan pada 18 September ini, pelakon terkenal Angeline Tan dan suaminya, Sabri Yunus akan berinteraksi melalui beberapa buah soalan berkaitan pelbagai isu agama, kehidupan dan sosial.

    Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris berkata, pihaknya memikul tanggungjawab yang besar dalam menyantuni golongan saudara baharu di Malaysia.

    Dakwah di platform penyiaran TV AlHijrah dilihat mampu mengisi kelompongan pedagogi dalam dakwah pada zaman kini.

    Oleh itu, program ini diterbitkan untuk memberikan pandangan yang mendalam mengenai nilai-nilai keagamaan dan kekeluargaan, sambil menjadikan proses pembelajaran buat golongan mualaf menjadi lebih menyeronokkan.

    Setiap persoalan yang diajukan oleh Angeline kepada Sabri Yunus adalah persoalan yang kerap kali dibangkitkan oleh golongan mualaf seperti perihal fardu ain dan fardu kifayah, tanggungjawab dalam rumahtangga dan keluarga, kefahaman dan amalan ibadah, etika pemakaian dalam Islam, hubungan sesama Islam dan bukan Islam serta banyak lagi topik lain.

    Setiap episod program ini diharapkan dapat menyampaikan pesan-pesan kebaikan secara jelas dan mempromosikan keharmonian dalam keluarga Muslim.

    Dengan penggabungan elemen-elemen itu, program ini diharapkan dapat memenuhi keperluan penonton dan masyarakat yang ingin mendalami ajaran agama Islam sambil merasai kedekatan kekeluargaan yang lebih menyenangkan.

    Dengan adanya unsur humor yang diselitkan secara bijak oleh Sabri Yunus, serta penerangan daripada barisan asatizah, kami yakin konsep kebaikan dan cinta kasih Islam akan terserap dengan lebih baik oleh penonton.

    Sesuai ditonton oleh semua

    Namanzee Harris yang ditemui pada majlis pelancaran program tersebut, semalam, turut memberitahu bahawa setiap episod program ini menampilkan segmen di mana Angeline, bersama panel pakar jemputan, membincangkan topik-topik yang relevan, memberikan perspektif yang mudah difahami serta penyelesaian praktikal berlandaskan ajaran Islam.

    Barisan asatizah dan ilmuan yang yang terbabit dalam menjawab soalan-soalan yang ditanyakan Angeline Tan antaranya Ustaz Harryanto Rizal Rokman, Ustaz Azhar Ghazali, Ustaz Zul Ramli, Imam Muda Asyraf  dan ramai lagi.

    Menariknya, setiap episod program Angeline Tanya Abang Jawab disusun dengan kemas untuk merangkumi isu-isu yang sering dihadapi oleh masyarakat terutama golongan mualaf, seperti hal-hal kekeluargaan, akhlak, perhubungan, serta panduan dalam menghadapi cabaran kehidupan moden.

    Walau diterbitkan khusus untuk saudara baru, namun Program Angeline Tanya Abang Jawab ini juga sangat digalakkan untuk ditonton seluruh masyarakat Malaysia, terutamanya golongan muda dan keluarga yang ingin mendapatkan pencerahan mengenai pelbagai isu kehidupan seharian dan panduan dalam menjalani kehidupan berteraskan nilai-nilai Islam.

    ALSO READ:  [VIDEO] Fizi Ali Terharu Dapat Meluangkan Masa Bersama Ameena Selama Empat Hari – ‘Saya Merindui Anak Saya Selama Tiga Bulan'

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts