Untuk pengetahuan korang, baru-baru ini, Efferty dengan kerjasama Karnival Jom Heboh telah mengadakan program Jom Selawat Efferty yang diadakan khusus bagi memanjatkan hajat buat semua pasangan yang sedang ikhtiar hamil.
Lebih menarik, program ini juga telah berjaya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records untuk Himpunan Paling Teramai bagi upacara selawat dan zikir agar hajat semua pasangan ikhtiar hamil diluar sana dikurniakan zuriat tercapai.
Seperti yang kita tahu, Efferty merupakan suplemen dengan nutrien penting yang membantu meningkatkan peluang untuk hamil dengan harga mampu milik.
Faham dan komited dengan perjuangan pasangan yang sedang menghadapi cabaran dalam usaha mendapatkan zuriat, Efferty melalui inisiatif ini secara tak langsung memberi mesej kepada mereka diluar sana bahawa mereka tidak keseorangan dalam perjuangan ini.
Program Jom Selawat Efferty ini diisi dengan ceramah-ceramah agama daripada ustaz terkenal, bacaan doa, serta alunan qasidah.
Majlis diakhiri dengan doa selamat dan hajat bagi mendoakan mereka yang sedang ikhtiar hamil agar dipermudahkan.
Menurut pengasas Efferty, Dr. Raihana Binti Ismail, beliau amat memahami keadaan dan perasaan mereka kerana dia juga pernah melalui fasa tersebut dan dari situlah perjuangan Efferty tercetus hinggalah sekarang.
Di Efferty, mereka sentiasa mendoakan agar pasangan ikhtiar hamil sentiasa bersabar, terus berusaha dan bertawakal kepada Allah serta teruskan perjuangan dengan sentiasa berikhtiar agar impian untuk menimang cahaya mata dipermudahkan.
LPPKN galak pasangan tingkatkan kelahiran
Usaha yang dilakukan oleh Efferty ini juga secara tidak langsung sejajar dengan objektif Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dalam menggalakkan pasangan meningkatkan kelahiran.
Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berdasarkan kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) kadar kesuburan keseluruhan (TFR) di negara ini mencatatkan penurunan yang semakin ketara iaitu pasangan hanya melahirkan 1.6 anak.
Tambahnya lagi, LPPKN yang fungsi asalnya untuk menggalakkan perancang keluarga, namun sekarang melaksanakan program sebaliknya iaitu menggalakkan pasangan meningkatkan kelahiran.
“Hasil kajian pada 2022 mendapati 33 peratus wanita di Malaysia hamil tanpa dirancang, namun ia masih belum mencukupi untuk mencapai apa yang kita hasratkan iaitu meningkatkan kadar kelahiran,” katanya.
Sumber berita: BH online
Susu Efferty mengandungi nutrien penting untuk ikhtiar hamil
Efferty adalah susu yang diformulasi dengan bahan-bahan seperti asid folik, magnesium, inositol, L-carnitine, vitamin D, vitamin C, zink, dan selenium, boleh memberikan manfaat yang signifikan.
Setiap bahan-bahan yang terkandung dalam Efferty juga memberi kebaikan yang tertentu seperti:
- Asid Folik: Penting untuk pembentukan sel baru dan mengurangkan risiko kecacatan kelahiran.
- Magnesium: Membantu dalam pengawalan hormon dan kesihatan rahim.
- Inositol: Menyokong keseimbangan hormon dan fungsi ovari.
- L-Carnitine: Meningkatkan kesihatan sperma dan telur.
- Vitamin D: Penting untuk kesihatan tulang dan sistem imun.
- Vitamin C: Meningkatkan penyerapan zat besi dan kesihatan tisu.
- Zink dan Selenium: Menyokong fungsi hormon dan kesuburan.
Efferty yakin bahawa proses ikhtiar perlu dimulakan dari dalaman, agar proses perjalanan kita lebih dipermudahkan dan berjalan lancar.
Buat yang berminat untuk mendapatkan Susu Efferty, korang boleh membuat pembelian di laman web, Tik Tok dan Shopee Efferty.