Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentProgram Munch & Move Bangun Gaya Hidup Sihat Dalam Kalangan Keluarga Kurang...

    Program Munch & Move Bangun Gaya Hidup Sihat Dalam Kalangan Keluarga Kurang Berkemampuan!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Bagi keluarga yang kurang berkemampuan, memenuhi keperluan diet pemakanan seimbang dan bernutrisi merupakan satu cabaran yang besar.

    Kekangan kewangan dan kurangnya pengetahuan mengenai diet pemakanan yang seimbang dan bernutrisi merupakan salah satu punca utama kanak-kanak dalam keluarga ini mengalamai perkembangan fizikal yang perlahan.

    Menyedari pentingnya membekalkan makanan bertnutrisi bagi mengalakkan perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak, Yayasan Generasi Gemilang (GG) telah melancarkan Program Munch & Move.

    Program ini merupakan sebuah inisiatif untuk membantu dan memperkasakan para ibu bapa dan anak-anak mereka menerusi langkah-langkah intervensi yang menggalakkan nutrisi, pengasuhan responsif serta pembelajaran awal melalui dua komponen utama iaitu ‘Munch’ (pemakanan) dan ‘Move’ (bermain) dengan menyediakan bahan makanan dan aktiviti fizikal yang baik untuk kanak-kanak.

    Munch: Pastikan anak-anak makan makanan bernutrisi

    Komponen Munch dalam Program Munch & Move bukan sekadar memberi bantuan makanan, tetapi lebih kepada mendidik ibu bapa tentang cara menyediakan diet pemakanan yang berkhasiat untuk anak-anak mereka.

    Kalau korang nak tahu, dahulu program ini dikenali sebagai Projek Makan Sihat (PMS),dimana keluarga akan menerima kotak makanan bahan segar dan runcit termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan bernutrisi tinggi.

    Selain itu, ibu bapa juga akan didedahkan dengan ilmu pemakanan yang tepat agar anak-anak mereka terbiasa dengan diet pemakanan seimbang dan bernutrisi.

    Melalui inisiatif ini, GG berharap pengambilan makanan ringan dan makanan segera yang sering dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti obesiti dan kekurangan zat makanan dapat dielakkan sekaligus, mengubah pola pemakanan tidak sihat kepada diet makanan seimbang.

    Move: Bermain dan berinteraksi untuk perkembangan anak-anak!

    Move merupakan komponen kedua yang memainkan peranan penting dalam program Munch & Move.

    ALSO READ:  “Aku Ni Kan, Masih Dalam Pantang Tau…”-Isteri Caprice Bengang Nama Dipetik!

    Fokus utama Move adalah interaksi antara ibu bapa dan anak-anak melalui permainan yang menyokong perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak.

    Bagi menjayakan Move, GG menganjurkan sesi aktiviti berkumpulan di mana ibu bapa dan anak-anak diberi peluang untuk bermain bersama, sambil mempelajari cara terbaik untuk menggalakkan perkembangan mental dan fizikal anak-anak mereka.

    Semoga dengan adanya program ini ibu bapa dapat mempelajari teknik dan cara yang betul untuk merangsang perkembangan fizikal dan mental anak-anak melalui pelbagai jenis interaksi termasuklah percakapan, permainan responsif atau meluangkan masa bersama membaca buku.

    Apa yang Program Munch & Move sediakan?

    Berikut adalah sebahagian daripada program sokongan Program Munch & Move:

    1. Kotak bahan makanan segar yang mengandungi bahan makanan berkhasiat untuk keluarga.

    2. Pendidikan perkembangan awal kanak-kanak bagi membantu ibu bapa memahami keperluan dan pencapaian penting bagi tumbesaran anak-anak.

    3. Khidmat nasihat bersama pakar kesihatan termasuk pakar pemakanan dan pediatrik.

    4. Pemantauan kesihatan (ketinggian, berat badan dan perkembangan anak-anak) untuk memastikan mereka membesar dengan baik.

    5. Sesi aktiviti berkumpulan untuk ibu bapa dan anak-anak.

    6. Lawatan ke rumah untuk memberi sokongan lebih mendalam kepada keluarga yang disasarkan.

    7. Kumpulan sokongan bagi ibu bapa yang ingin berkongsi pengalaman dan strategi untuk meningkatkan pemakanan dan aktiviti anak-anak mereka.

    Disamping itu, kerjasama Pakar Perubatan Universiti Malaya (UM) yang menyediakan kepakaran dalam bidang pemakanan dan pembangunan awal kanak-kanak turut memperkukuh lagi visi dan misi program ini.

    Perkembangan fizikal anak-anak makin baik, ini kisah Izzati.

    Sebelum menyertai Projek Makan Sihat, Izzati merasa sangat bimbang dengan perkembangan fizikal dan pemakanan anak pertamanya yang gemar makan makanan tidak sihat seperti sosej dan mi segera.

    ALSO READ:  Izin Suami ‘Influencer’ Tanggalkan Purdah Dapat Pemahaman Netizen – Tutup Aurat Wajib Tanggungjawab Personal

    Namun, selepas anak keduanya menyertai program ini, dia mula melihat perubahan yang ketara.

    Tubuh anaknya yang dulunya kecil kini menunjukkan pertumbuhan fizikal yang lebih baik setelah mengamalkan diet makanan bernutrisi dan menjalani gaya hidup yang lebih aktif.

    Selain itu dengan adanya bantuan daripada kumpulan sokongan ibu bapa, Izzati kini lebih yakin untuk menyediakan makanan segar dan berkhasiat untuk kedua-dua anaknya, malah anak keduanya kini lebih gemar makan sayur-sayuran dan buah-buahan berbanding makanan proses dan ini merupakan satu perubahan yang sangat bermakna kepada Izzati.

    Selain itu, Izzati rasa bersyukur kerana dapat berkongsi pengalaman dan strategi pemakanan dengan ibu bapa lain.

    Dah ramai sertai Munch & Move!

    Pada tahun ini, sebanyak 200 keluarga dengan 244 kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam Program Munch & Move.

    Keluarga-keluarga ini telah menerima manfaat besar melalui sokongan pemakanan, permainan interaktif dan pendidikan tentang perkembangan awal kanak-kanak.

    Program ini bukan sahaja memberikan bantuan praktikal tetapi juga memberi harapan baru kepada keluarga yang mungkin berhadapan dengan kesulitan dalam menyediakan makanan berkhasiat dan aktiviti yang menyokong tumbesaran anak-anak mereka.

    Jom sumbang & jayakan Program Munch & Move!

    Program Munch & Move oleh Yayasan Generasi Gemilang adalah contoh betapa pentingnya pendidikan dan sokongan untuk mencipta generasi yang lebih sihat dan berpendidikan.

     

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts