Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentProgram Realiti Nyanyian TV3 Kembali Lagi! Nak Jadi Penyanyi? Jom Sertai Uji...

    Program Realiti Nyanyian TV3 Kembali Lagi! Nak Jadi Penyanyi? Jom Sertai Uji Bakat Sekarang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Berita baik buat semua yang berbakat dan berhasrat untuk menjadi seorang penyanyi! TV3 bakal menghidupkan semula salah satu program kegemaran ramai yang pernah mencipta fenomena luar biasa.

    Program realiti nyanyian kembali lagi

    Antara program realiti nyanyian yang  pernah mencipta sejarah mereka tersendiri dalam industri hiburan tanah air adalah Malaysian Idol, Mentor, One In A Million atau Gang Starz.

    Jadi, yang mana satu pilihan hati korang? Jom kita imbas kembali perjalanan hebat keempat-empat program ini yang juga telah melahirkan banyak bakat hebat dan luar biasa.

    Program realiti nyanyian Malaysian Idol telah diperkenalkan pada tahun 2004. Program ini merupakan versi tempatan bagi format global Pop Idol dan telah mencungkil peluang ramai anak muda dalam bidang nyanyian.

    Malaysian Idol bukan sahaja menjadi platform bagi para peserta untuk mengejar impian mereka, malah turut memberikan pengalaman emosi kepada penonton melalui persembahan hebat dan penyingkiran yang mendebarkan.

    Penyanyi terkenal, Jaclyn Victor telah diangkat sebagai juara Malaysian Idol pada musim pertama dan kemenangan tersebut telah menaikkan nama Jaclyn sebagai penyanyi.

    Mentor, Gang Starz & One In A Million

    Seterusnys, Mentor iaitu konsep yang menggabungkan elemen latihan intensif dan hiburan yang berkualiti tinggi. Setiap mentor (terdiri daripada artis terkenal) perlu membimbing protege (peserta) dalam memperbaiki vokal, persembahan dan juga karisma mereka

    Program ini telah melahirkan beberapa bintang yang cukup terkenal dalam industri hiburan tanah air antaranya adalah Fiq dan juga Black.

    Seterusnya Gang Starz diperkenalkan pada tahun 2007 yang menampilkan konsep pertandingan nyanyian berkumpulan yang pertama di Malaysia. Program ini bukan sahaja terbuka kepada peserta tempatan, malah menarik penyertaan dari seluruh Asia Tenggara, termasuk Indonesia, Filipina, dan Singapura.

    ALSO READ:  Pengalaman AG Coco Membuat Amir Jahari Menangis Semalam di #AJL38

    Gabungan bakat daripada pelbagai latar belakang dan negara menjadikan Gang Starz sebagai platform yang merentasi hingga ke sempadan.

    Akhir sekali adalah One In A Million yang telah bersiaran dari tahun 2006 hingga 2009 dan menariknya, juara dihadiahkan wang tunai berjumlah RM1 juta.

    Program ini menampilkan penilaian ketat dan cabaran mingguan yang menuntut peserta untuk memberikan persembahan yang terbaik setiap minggu.

    Juara musim pertama adalah Suki Low dan pemenang bagi musim kedua adalah Ayu. Antara peserta lain yang lahir daripada program One In A Million adalah aizal Tahir, Alif Satar, Aweera, Dayang Nurfaizah, Tomok, Allahyarham Siti Sarah dan ramai lagi.

    Jadi tunggu apa lagi? Jom siap-siap dan sertai uji bakat program terbaharu TV3! Lebih menarik, uji bakat ini terbuka kepada warganegara berumur 15 tahun dan ke atas. Ingin tahu lebih lanjut? Sila klik pautan dibawah:

    Pautan Video Promo Ujibakat DI SINI

    The following two tabs change content below.



    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts