Korang tahu tak masih banyak perkampungan Orang Asli/Asal di Malaysia yang bergelut untuk mendapatkan bekalan elektrik dan akses pendidikan yang berkualiti?
Nasib baik ada Projek Kampung Solar, sebuah inisiatif daripada SOLS Foundation dengan membekalkan tenaga solar bagi memenuhi keperluan tenaga elektrik di kampung-kampung Orang Asli/Asal.
Bukan itu sahaja, mereka turut mengadakan bengkel pendidikan untuk mengajar kemahiran asas kewangan, cara mengelakkan penipuan dan kemahiran asas digital termasuk cara menggunakan internet dan kebaikannya seiring perkembangan dunia moden.
Sistem rumah solar bekalkan aliran elektrik stabil.
Melalui Projek Kampung Solar, kampung Orang Asli/Asal yang telah dipilih akan menerima sistem solar rumah dimana, sistem ini akan membekalkan elektrik bagi memenuhi keperluan penduduk.
Jika sebelum ini kebanyakan penduduk perkampungan Orang Asli/Asal bergantung kepada lampu pelita, lilin dan generator diesel yang berbahaya, sekarang semuanya telah digantikan dengan sistem solar.
Penggunaan tenaga solar bukan sahaja jauh lebih selamat malahan ianya percuma.
Lagipun, dengan adanya tenaga solar, penduduk kampung Orang Asli/Asal dapat menikmati bekalan elektrik yang stabil.
Ini memberikan mereka lebih banyak masa untuk belajar, bekerja dan berkumpul pada waktu malam dengan lebih selamat.
Kejayaan Projek Kampung Solar setakat tahun 2024.
Setakat ini, Projek Kampung Solar telah membantu lebih 1,600 keluarga Orang Asli/Asal di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah.
Antara pencapaian projek ini adalah:-
- 1,633 rumah di 45 kampung Orang Asli di Semenanjung Malaysia telah menerima pemasangan solar.
- Di Sabah, 511 rumah di 12 perkampungan Orang Asal Sabah menerima pemasangan solar.
- 27 bengkel pendidikan telah diadakan untuk lebih 700 peserta, yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, dari kanak-kanak hingga warga emas.
Manfaat Projek Kampung Solar
1. Penjimatan kos: Isi rumah dapat menikmati penjimatan sehingga 80% kos tenaga (tidak perlu lagi membeli minyak tanah atau bahan api generator).
2. Kualiti hidup yang lebih baik: Anak-anak dapat belajar lebih lama pada waktu malam. Dalam masa yang sama orang dewasa boleh bekerja lebih lama tanpa risaukan cahaya.
3. Kesihatan yang lebih baik: Tanpa asap minyak tanah atau diesel, masalah pernafasan berkurang, persekitaran jadi lebih sihat.
4. Budidaya ekonomi: Elektrik membolehkan perniagaan kecil di kampung berjalan dengan lebih lancar, memberi peluang pekerjaan dan pendapatan.
5. Pendidikan & kemahiran digital: Bengkel tentang literasi kewangan dan literasi digital memberikan penduduk kemahiran penting untuk menguruskan kewangan mereka dan memanfaatkan teknologi untuk pendidikan serta pekerjaan dengan lebih baik.
Jom sokong & bantu Projek Kampung Solar
Walaupun telah mencapai pelbagai kejayaan namun projek ini masih memerlukan sokongan daripada korang semua.
Setiap sumbangan amat bermakna kerana lebih banyak sistem solar dapat dipasang di kampung-kampung yang memerlukan dan dalam masa yang sama menyediakan latihan berterusan bagi memastikan komuniti ini mendapat manfaat jangka panjang.
Oleh itu, jom sumbang untuk membantu kampung Orang Asli/Asal menikmati kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang.
Sumbangan boleh dilakukan melalui:
Setiap sumbangan amat dialu-alukan tanpa mengira nilai besar atau kecil.
Nikmati pengecualian cukai bagi setiap sumbangan korang.
Jom ramai-ramai menyumbang agar kita dapat membela nasib Orang Asli/Asal bersama-sama.