Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPsst… Jom Semak Urutan Zodiak Wanita Yang Paling Cantik, Bermula Daripada…

    Psst… Jom Semak Urutan Zodiak Wanita Yang Paling Cantik, Bermula Daripada…

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Selain memiliki ciri-ciri khas dan tertentu yang membuatkan seseorang itu cantik dalam caranya tersendiri; adakah kamu tahu zodiak juga memainkan peranan penting dalam menentukan kecantikan?

    Bermula daripada…

    Foto – Pinterest

    #1 Pisces 

    Dinobatkan sebagai zodiak wanita terpaling cantik, wanita Pisces dikatakan memiliki kreativiti luar biasa dan belas kasihan terhadap orang sekelilingnya. Dari segi penampilannya pula, wanita Pisces nampak sangat menarik jika mereka tidak mengenakan sebarang kasut kerana mereka memiliki kaki yang cantik. Psst… Matanya pun juga cantik tau!

    #2 Virgo 

    Membuatkan wanita Virgo adalah wanita kedua tercantik adalah mereka secara semula jadi nampak sangat menawan dan menarik ketika bercakap. Manakala fizikalnya pula, bahagian yang cantik adalah perut dan pinggang yang ramping serta kecil.

    #3 Leo 

    Dikategorikan sebagai zodiak terpaling cantik, Leo memiliki tahap keyakinan yang tinggi tentang diri mereka. Dari segi fizikalnya, bahagian paling cantik pada wanita Leo adalah bahagian dadanya.

    #4 Aries 

    Bahagian tercantik wanita Aries adalah wajahnya. Zodiak ini menghasilkan wanita yang cantik di mana kening mereka menandakan kecerdasan, garang, seksi dan kuat.

    Foto – HYPE MY

    #5 Libra

    Libra adalah zodiak yang paling lembut. Mereka mempunyai kecantikan yang lembut dari sifat adil dan diplomatik mereka. Untuk kecantikan fizikal pula, belakang badan atau pinggul mereka adalah bahagian yang paling cantik. 

    #6 Taurus

    Sangat berahsia membuatkan wanita Taurus seorang yang menarik dan cantik. Untuk teroka kecantikan mereka, kamu perlu tahu yang mereka ini seorang yang lembut dan ghairah. Dari segi fizikalnya, kecantikan mereka terletak pada leher yang cantik. Cara mereka pusingkan kepala atau menongkat dagu boleh buatkan sesiapa saja menjadi ‘gila’.

    #7 Sagittarius

    Sagittarius adalah zodiak yang sangat menarik perhatian mereka yang berada di sekelilingnya. Memiliki sikap yang spontan membuatkan diri wanita Sagittarius ini menyeronokkan dan menarik. Perkara menarik tentang fizikal mereka adalah kaki yang panjang dan seksi terutamanya pada bahagian paha mereka.

    ALSO READ:  [VIDEO] Gelagat Aisha Retno Terima Hadiah Buatkan Ramai Terhibur!-“Bila Persembahan Serious, Amik Trofi Lucu Pula!

    #8 Gemini 

    Mudah menyesuaikan diri dan mempunyai sikap ‘go with the flow‘, membuatkan wanita Gemini adalah seorang yang penyayang dan ciri-ciri tersebut membuatkan dirinya nampak sangat cantik.

    Foto – Blog

    #9 Scorpio

    Wanita Scorpio ialah wanita yang tersangat seksi kerana sifat kesungguhan dan ketegasannya. Untuk penampilannya pula, wanita Scorpio memiliki mata yang sangat tajam, senyuman menggoda dan personaliti yang besar membuatkan dia sukar dilupakan.

    #10 Cancer

    Penuh dengan sifat cinta dan penyayang membuatkan kewujudan wanita Cancer ini antara wanita yang paling cantik. Sifat mereka yang sangat setia itu membuatkan mereka adalah ‘berlian’ yang sangat berharga. Dari segi fizikal pula, wanita Cancer mempunyai tangan yang sangat cantik, membuatkan ramai yang tidak mahu lepaskan jika dipegang.

    #11 Capricorn

    Memiliki kaki yang panjang dan langsing menjadikan wanita Capricorn sangat menarik secara fizikal dan tiada yang berjaya menandingi mereka. Bukan itu saja, sifat mereka yang bercita-cita tinggi juga membuatkan ramai lelaki terpikat dengan mereka.

    #12 Aquarius

    Wanita Aquarius dikatakan memiliki pergelangan kaki yang sangat cantik dan mereka ini nampak sangat memukau jika mengenakan skirt atau gaun. Kecantikkannya lebih istimewa berbanding yang lain kerana sifatnya yang menarik, sangat bercita-cita tinggi untuk masa depan dan juga orang sekelilingnya.

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts