Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPsst… Selama Ini Putera William & Kate Middleton Tidur Berasingan? Apa Sebabnya?

    Psst… Selama Ini Putera William & Kate Middleton Tidur Berasingan? Apa Sebabnya?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelik tapi benar!

    “Ada kalanya anda tidak ingin diganggu oleh dengkuran atau ayunan kaki pasangan. Namun, jika ingin bermesra, kami akan berkongsi bilik seperti pasangan biasa. Senang apabila dapat memilih,” kongsi Lady Pamela, sepupu Putera Philip.

    Sekadar info kamu, tradisi tidur berasingan ini sebenarnya satu perkara biasa dan sudah menjadi lumrah di kalangan kerabat diraja dan kelas atasan. Mereka ini biasanya ada bilik tidur sendiri serta memilih untuk tidur berasingan termasuklah pasangan Putera William dan Kate Middleton.

    Tradisi Lama Menurun Ke Putera WIlliam & Kate Middleton

    Menurut Express, sebelum Putera William dan Kate Middleton, pasangan Putera Philip dan Ratu Elizabeth II juga diketahui mempunyai bilik tidur berasingan sesuai dengan kebiasaan golongan bangsawan lama.

    Foto – The Telegraph

    Tetapi apabila tiba giliran Putera William dan Kate, mereka terkejut dengan tradisi ini. Sebelum ini pasangan diraja ini secara tak sengaja berkongsi dalam sebuah wawancara dengan akhbar tempatan.

    Kongsi Kate, pada awalnya dia terkejut selepas mengetahui kerajaan Britain menyediakan dua bilik untuk dirinya dan suaminya. Tetapi bagi Putera William, ini adalah perkara biasa memandangkan ia telah menjadi tradisi kerajaan sana.

    Foto – People

    Sebelum berpindah ke Adelaide Cottage, Windsor pada September 2022, pasangan diraja ini telah tinggal di Istana Kensington, London bersama-sama dengan anak mereka.

    Foto – Showbiz Cheat Sheet

    Yang menariknya ketika di Istana Kensington, pasangan ini lebih suka dan selesa tidur di tingkat bawah berbanding tingkat atas.

    Di Istana Kengsington, pasangan diraja ini memberikan tingkat atas dalam rumah kepada kakitangan, termasuklah pengasuh anak mereka.

    Mungkin sedikit pelik bila tidur berasingan, tetapi siapa  tahu ia ada kebaikannya? Menurut kamu bagaimana?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts