Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 27, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentPU Azman Dipenjara 24 Tahun & Dua Sebatan Atas Kesalahan Amang Seksual...

    PU Azman Dipenjara 24 Tahun & Dua Sebatan Atas Kesalahan Amang Seksual Remaja Lelaki

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pendakwah selebriti, PU Azman didapati bersalah di Mahkamah Sesyen Klang atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, dua tahun lalu.

    Dipenjara 24 tahun

    Memetik laporan Berita Harian, Hakim Noridah Adam menjatuhkan hukuman 24 tahun penjara dan dua sebatan terhadap Azman atau nama lengkapnya Azman Syah, 43, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

    Bagi pertuduhan pertama, tertuduh dihukum penjara 12 tahun dan satu sebatan bermula jatuh hukum sementara pertuduhan kedua 12 tahun penjara dan satu sebatan selepas selesai menjalani hukuman pertama.

    PU Azman atau turut dikenali sebagai Cik Man juga diarahkan menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat hukuman.

    Terdahulu iaitu pada 26 Disember lalu, PU Azman diperintah membela diri selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan itu.

    Tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berumur 17 tahun di sebuah inap desa di Kampung Sungai Udang pada 20 Februari dan 29 Jun 2022.

    Susulan daripada itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.

    Tertuduh turut berdepan sembilan pertuduhan iaitu lima pertuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban, dua kes di Mahkamah Shah Alam dan masing-masing satu kes di Mahkamah Majistret Klang dan Mahkamah Sesyen Ampang.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,240FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts